BTC USD 81,021.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[[ Tutorial ]] Mari belajar ebay!!!

Alif,

Kalau let say sebelum nih aku dah register paypal, then paypal tuh link dgn credit card maybank aku. but now aku dah terminate dah credit card tuh. boleh ke aku gunakan akaun paypal yg sama untuk link ke VCC yg baru aku nak register nih?

Sorry laa banyak tanya, wa budak baru maa. lama dah nak belajar camne nak guna ebay nih. :D

boleh, kat paypal ada option untuk add/remove card

andaikata paypal freeze account bro mintak itu ini, roger je aku, aku bleh tolong create document yg paypal mintak. setakat ni dah byk account paypal yg aku unfreezekan takde masalah:D
 
Ooo... boleh ek? orait, thank you bro nashburn. Best nih ada ramai otai2 kt sini. :)cgrock

Nanti aku try tgk2 kan account paypal aku. Minggu lepas aku baru create account ebay Malaysia. Apa bezanye ek antara ebay Malaysia dgn ebay?
 
:)paid
Ooo... boleh ek? orait, thank you bro nashburn. Best nih ada ramai otai2 kt sini. :)cgrock

Nanti aku try tgk2 kan account paypal aku. Minggu lepas aku baru create account ebay Malaysia. Apa bezanye ek antara ebay Malaysia dgn ebay?

kalau pakai alamat malaysia dia akan automatik redirect kat ebay malaysia. billing semua dalam RM. boleh list barang kat ebay US/UK tapi kena ada account paypal yg linked dgn ebay. nak bayar bill ebay pun kena pakai credit card, takleh pakai paypal mcm ebay US/UK.

kalau ada alamat US/UK boleh register account US/UK tapi nanti masa nak complete registration ebay akan mintak US/UK phone number untuk verify account.

byk kelebihan kalau pakai account US/UK ni. kalau ikut rules memang org malaysia takleh create acct US/UK tapi setiap perkara ada caranya :)paid

kalau nak tahu dgn lebih lanjut dapatkan DVD diari mansur usahawan ebay berhingus. bukan aku saja nak promote tapi dvd ni memang berbaloi-baloi untuk newbies :)cgrock
 
nassib baik ada member yang bagi tahu rahsia ebay
 
OK BUAT MASA NI APA YANG AKU DAPAT DARI THREAD NI.
1.BUKA AKAUN PAYPAL DAN EBAY-GUNA CC,DC/VCC
2.DROPSHIPPING-maksudnya supplier yang provide barang2 untuk dilisting.
3.Ac suspended apa nak buat,PP kena limited apa nak buat,punca akaun kena suspend dan pp kena limited.

Ok boleh tak kita sambung proses pembelajaran seterusnya.bagaimana nak deal dengan dropshipper,bagaimana nak listkan kan barang dalam ebay.Itu sahaja diharap rakan-rakan sekalian sudi menjawab,lagipun inikan thread tutorial.kalau boleh harap TT compilekan isi-isi dalam thread ni dan update kt page depan,senang sikit newbies tgok nanti tak tk timbul lagi soalan-soalan yang sama dalam thread ni.Just bagi pandangan.Apa2 pun aku memang sapot thread ni,keep it up.
 
aku nak tanye..
boleh ke 1 cc/dc verified banyak akaun paypal dan ebay?
 
aku nak tanye..
boleh ke 1 cc/dc verified banyak akaun paypal dan ebay?

jawapan: tak boleh, 1dc/cc untuk 1 akaun sahaja :D
nota tambahan: kalau satu akaun paypal nak sumbat cc/dc bebanyak boleh :p
 
Selamat pagi otai2 ebay.sedikit persoalan.
Setelah ada akaun ebay dan paypal,proses seterusnya tentulah proses mencari barang untuk dijual,soalannya.bagaimanakah untuk mencari barangan yang boleh hit/boleh jual dan bagaimanakah cara untuk membuat listing pada ebay??
sekian terima kasih.
 
Back
Top
Log in Register