BTC USD 82,715.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tutorial Cara Mengundi Yang Betul

tidak akan ade fu*katon ni... gembang jer lebih.. pemimpin ateh duk telagoh je.. belum menang dah tunjuk belang
 
sumber: http://www.keadilandaily.com/kenyataan-ros-pakatan-belum-buat-permohonan-pelik/

jumpa pun berkenaan ROS...


Tidak buat permohonan, Pakatan nafi kenyataan ROS


KUALA LUMPUR 3 Nov: Pakatan Rakyat menafikan kenyataan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa gabungan itu tidak membuat permohonan baru bagi mendaftarkan ia sebagai sebuah entiti.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, sehingga kini ROS tidak membuat keputusan mengenai permohonan Pakatan yang dibuat sejak dua tahun lalu.

Beliau memetik Kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Osman kononnya pakatan rakyat tidak berusaha berbuat demikian.

“Mengapa Pengarah ROS boleh berkata begitu sedangkan permohonan lama belum ada keputusan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Saifudin berkata, selepas Datuk Zaid Ibrahim keluar parti, jawatan beliau selaku Pengerusi Sekretariat untuk mengurus permohonan itu terbatal sebagaimana termaktub dalam perlembagaan pakatan.

“Kalau ROS kata dengan keluarnya Datuk Zaid, maka kena buat permohonan baru, sepatutnya permohonan lama direspon dengan mengeluarkan satu surat rasmi.

“Persoalannya sehingga kini kami tiada menerima apa-apa daripada ROS samada perlu membuat permohonan baru atau tidak,” katanya.

Saifudin turut memberitahu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dilantik bagi menggantikan Zaid sejak Mac 2011.

“Sejak Mac 2011 setiap tiga hingga 4 minggu kami mengadakan pertemuan dengan pihak ROS termasuk menghantar 6 salinan meliputi undang-undang tubuh, logo, surat permohonan dan bayaran sebanyak RM30,”

“Oleh itu, majlis presiden pakatan yang bermesyuarat semalam menetapkan untuk menanti kenyataan terbaru dari pengarah ROS hasil sidang media yang kami buat hari ini sebelum membuat keputusan selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang juga Setiausaha Agong Sekretariat itu sejak dua tahun lalu menyifatkan tindakan ros itu berat sebelah.

“Semasa Zaid mohon pendaftaran Pakatan dan masih ahli PKR, Ros enggan lulus tetapi Ros luluskan pula pendaftaran parti KITA pimpinan Zaid dalam masa 2 minggu sahaja, ternyata keputusan Ros terhadap permohonan kami bersifat politik,” katanya.an, Pakatan nafi kenyataan ROS
 
hehehe... aku dah jalankan kerja aku...


Tutorial Cara Mengundi Yang Betul

http://www.youtube.com/watch?v=HsbmZzZ1-g0

Sila sebarkan Video ini pada Rakan2 anda melalui Blog,Facebook,YM,Skype,MSN,Tweeter dan sebagainya…..

AWAS!!!! SPR sedaya upaya untuk memenangkan BN/UMNO…..gunakan hak anda untuk membantah didalam bilik mengundi sekiranya SPR mencatit No IC / Siri no ketas Undian anda pada kertas menyemak UNDI atau pun pada Kertas Undi anda.

Sama2 Kita Tumbangkan Kerajaan Yg Korup!!!!!!

Perlu diingatkan BN/UMNO Menang…. Cukai 6% sedang menanti kita….. cukuplah selama ini kita dibebani oleh kerajaan BN/UMNO dengan kenaikan harga barang dan juga harga Elektrik!!!!
 
Back
Top
Log in Register