BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tunku Kecil Muda Dahului 532 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
626b5a5c9ba4e091461e35ca893da25369667074ece9f

Gambar fail
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tunku Kecil Muda Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin mendahului senarai 532 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-78 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini.

Beliau yang juga Penyelia Adat Istiadat Istana Besar Seri Menanti itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Enam individu pula dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk iaitu Hakim Utama Mahkamah Tinggi Seremban Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Faizal Ramli dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Sufian Jusoh.

Selain itu, Pakar Perunding Ortopedik Hospital Tuanku Ja’afar Dr Abdul Muttalib Abdul Wahid, Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Pahlawan Mohamad Azuwan Harun serta Peguam dan Rakan Kongsi Kanan Firma Mohamed Ridza & Co Mohamed Ridza Mohamed Abdulla.

Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang turut membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada Penghulu Luak Jempol Mazri Mansol, Peguam dan Rakan Kongsi Firma Guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) S. Saravana Kumar, Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Berhad Suhana Dewi Selamat dan Pakar Neurologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM Prof Madya Dr Wan Asyraf Wan Zaidi.

Sementara itu, 20 penerima dianugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaren, Dr G. Rajasekaran (Sri Tanjung) dan Yew Boon Lye (Chuah).

Turut menerima anugerah sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Mohd Asri Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar.

Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 12 penerima, Darjah Tuanku Muhriz (DTM) (satu), Darjah Pekerti Terpilih (DPT) (24) dan Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) (71) serta Setiawan Tuanku Muhriz (STM) (satu).

 
Back
Top
Log in Register