BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tunggu 24 jam caj pula RM50

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MELAKA: Seorang pelanggan sebuah bank di negeri ini kecewa kerana terpaksa menunggu 24 jam untuk mendapatkan sehelai penyata penjelasan bagi akaun pinjaman peribadinya selain dikenakan caj perkhidmatan RM50.

Roslan Rahim, 47 (gambar), berkata yang membuka akaun di cawangan bank itu kesal dengan kelewatan itu di samping terkejut apabila dikenakan caj tinggi tanpa diberi notis mengenai perubahan caj.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila sikap petugas kaunter yang ditemui Isnin lalu mengatakan tidak boleh mempercepatkan urusan itu dengan alasan ia arahan pihak atasan dan dikenakan caj untuk mendapatkan penyata.

“Kelewatan itu menyebabkan saya terpaksa datang semula ke cawangan itu pada keesokan harinya,’’ katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Menurutnya, dia datang ke cawangan bank itu kira-kira jam 11 pagi selepas terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas, tetapi pulang hampa apabila memaklumkan penyata itu tidak dapat diserahkan kerana memerlukan tandatangan pegawai unit pentadbiran pembiayaan.

Katanya, akibat kelewatan itu, dia terpaksa mengharungi kesesakan kali kedua dan hanya berjaya mendapatkan penyata berkenaan kira-kira jam 11 pagi Selasa lalu.

“Sepatutnya pihak bank tidak boleh memandang remeh perkara ini dan bayangkan jika seseorang warga emas yang ingin mengambil penyata berkenaan.

“Ia sudah tentu akan membebankan dan mereka seharusnya tahu akan kesuntukan masa untuk seseorang itu berurusan dengan bank kerana ada komitmen atau kerja lain,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus cawangan bank berkenaan, Jun Mohd Razali ketika dihubungi, berkata pihaknya akan menyiasat punca kelewatan Roslan menerima penyata seperti didakwanya.
 
agak2 korang caya tak citer ni?
 
susah gak camni..byk kerenah
 
kalau mcm asb tu biasa la sbb da ramai nk wat mcm mane. kena tggu la.
 
Back
Top
Log in Register