BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun M Difitnah: Nafi Minta Campur Tangan Asing

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau mahu pihak luar mencampuri urusan dalaman negara ini dalam usahanya untuk 'menyelamatkan Malaysia'.

"Saya tak minta campur tangan luar. Saya katakan bahawa semua saluran untuk menyatakan kebenaran di negara ini telah disekat oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum Pembinaan Negara Bangsa Melalui Pendidikan di Muzium Kesenian Islam di sini, Isnin.

Sehubungan itu Dr Mahathir berkata beliau akan terus bercakap kepada media asing mengenai pelbagai isu yang berlaku di negara ini.

"Saya akan beritahu media asing mengenainya," katanya.

Sementara itu diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan, Dr Mahathir menganggap tindakan itu adalah perkara biasa.

"Dia siasat dah...dah dua kali siasat. Semua kawan-kawan saya pun dah kena siasat dah. Tak cukup siasat, Lembaga Hasil Dalam Negeri pun kacau mereka," katanya.

Sebelum ini Dr Mahathir dikritik banyak pihak kerana meminta campur tangan asing dalam urusan dalaman negara ini.

Dr Mahathir dalam wawancara dengan akhbar Australia, The Weekend Australian, berkata bahawa harapan supaya Najib selaku Perdana Menteri berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.
 
betul la tu..betul la apa tun m ckp..semua sumber kebenaran dalam negara dah disekat oleh kerajaan ..
 
era umno sudah berlalu dalam pemerintahan
sekarang era najib yg memerintah
mengikut selera dan acuan serta mereka disekelilingnya
 
rakyat malaysia zaman skg terlalu berlembut dengan bn, sikap rakyat malaysia ni sebenarnya sangat bahaya untuk keselamatan negara.

kalau ada kuasa2 besar dunia yg tau parti sampah mcm bn ni pun senang2 je boleh tindas rakyat malaysia sesuka ati, dorang akan anggap rakyat malaysia sangat senang di manipulasi.

so kalau mereka ada sebab untuk serang malaysia suatu hari nanti, mereka akan serang tanpa rasa ragu2 dan bimbang sebab mereka tau rakyat malaysia terlalu lembut hati.
 
terlalu lembut pun ya, pentingkan diri sendiri pun ya jugak.
 
Macam bosan jer bila baca pasal politik. Kita dah takde harapan agaknya..
 
Back
Top
Log in Register