BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelantikan Tokoh Kehakiman Terajui SPRM Tangkis Persepsi Campur Tangan Politik - BBC

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2f903f818af608d9a44bf4b53adee415691acee8356d3

Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa

Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu dilihat sebagai langkah strategik memperkukuh reformasi institusi serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap integriti badan penguatkuasaan negara itu.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyifatkan pemilihan tokoh yang berlatarbelakangkan kehakiman itu memberikan isyarat jelas bahawa Kerajaan MADANI komited memastikan kebebasan badan pencegahan rasuah berkenaan.

“Ini secara langsung akan menangkis sebarang persepsi campur tangan politik, sekali gus mengembalikan keyakinan pelabur terhadap negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berharap pelantikan itu dapat mempercepat pencapaian sasaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 25 negara terbaik dunia menjelang 2033.

Ahli Parlimen Sekijang itu berkata momentum positif pencapaian Malaysia yang meningkat ke kedudukan ke-54 dunia dengan skor 52 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 membuktikan keberkesanan inisiatif tadbir urus yang sedang dilaksanakan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Azam Baki atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang menerajui SPRM sebelum ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan Abdul Halim itu berkuat kuasa 13 Mei ini.

 
Back
Top
Log in Register