bagus tu stann. bg yg hali atas pagar leh la undi pembangkang. tp mcm aku ahli UMNO rasanya tak kuar mengundi kot. Boikot. tp ntah la. rasa mcm nak pangkah je PAS tp kang org kater pengkhianat lak. aku dlm dilema. mcm mana ni jutaonefami? ko ahli UMNO gak kan tp tak sokong Pak Lah kan?
mekanisme dalam UMNO, setelah berkali-kali dicabul oleh TUN, masih ada cara untuk lawan Presiden ke?
Demokrasi bukan dicipta khusus untuk pemerintahan yang paling ideal, ia tidak ideal dan perintis demokrasi zaman Yunani pun tau, tapi hanyalah untuk memastikan Diktator tidak dapat berkuasa dan sekiranya berkuasa boleh digulingkan dengan mudah.
tapi UMNO menyertai arus demokrasi, yang hairannya, mekanisme dalam UMNO itu sendiri ultra-feudal. Dan setelah era Mahathir, menjadi super-ultra-feudal dan kini Presidennya pula yang menjadi raja. UMNO seperti jam mekanikal, segalanya boleh-jangka, cuma tunggu rosaknya sahaja.
siapa tadi kata, TUN boleh eject Tunku Abdul Rahman & THO, maka dia juga boleh eject PL... masalahnya, TAR dan THO naik kereta stock, bila TDM naik kereta tu, dia dah reinforce jadi kereta kebal yang berkuasa tinggi ala F1 bersenjata macam jet pejuang. Sekarang TDM naik basikal je. boleh lawan ke?
Dia naik kereta tu dulu pun Tun Abdul Razak yang kasi tumpang, ajak naik sekali.