hairan bin ajaib lah! napelah pemerintahan TUN dulu dicop sebagai Kejam? walhal, takdelah plak pembunuhan beramai-ramai macm pemerintahan polpot,Hitler dan sbg nya..nape ek? mungkin disebabkan:
1) masa pemerintahan TUn, menteri-menteri tak bergerak bebas. mereka kena bekerja kuat utk rakyat.sebab tulah mereka kata Pak Lah best. sebab mereka boleh pegi bercuti tgk itik dan ikan kat kg.... hahahahaaha
2) masa pemerintahan Tun, Tun mengamalkan dasar bekerja untuk rakyat, bukan "BEKERJA BERSAMA-SAMA SAYA". sebab tulah KJ sibuk gak bekerja dgn Pak Lah..amik berkat..... hahahaaha baiknya PAKlah
3) masa pemerintahan Tun, beliau nak tahu ape menteri buat. so, menteri kena bagi report kat Tun supaya bila wartawan tanya, takdelah Tun jawab: "Menteri kena jawab.sebab mereka lagi arif dalam bidang tu"....
4) masa pemerintahan TUN harga minyak punya susah nak naik hatta sepuluh sen pun..Time Paklah pulak selamba jer minyak naik berdas2 selamba jer 30 sen naik x umum ape2..ayam naik 65 sen sape nak jawab? gula pun naik sebab kena beli gula halus 2.80 1kg beras punya subsidi pun xlama lagi nak tarik balik...
TUN juga kejam kerana langkah2 berikut:-
Melancarkan Slogan Bersih, Cekap, Amanah
Dasar Pandang ke Timur
Punch Card
Penerapan Nilai-nilai Islam
Kepimpinan Melalui Teladan
Buy British Last
Mengambil Balik Carcosa Seri Negara daripada British
Menghapuskan imuniti raja-raja
Menyamakan waktu sabah dan sarawk dengan semenanjung
Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa
(FAKTA : Dakwaan bahawa UIA adalah idea Anwar langsung tidak tepat dan merupakan satu penafian sejarah. Idea ini adalah dikemukankan oleh Dr. Mahathir di Persidangan Pendidikan Islam di Mekah pada 1977. Malahan ketika Anwar masuk ke dalam UMNO pada 1982, proposal UIA telah siap. Ketika Anwar masih baru membuka langkah dalam UMNO, UIA telah pun ditubuhkan dengan Tun Hussien On sebagai Presiden pertama dan Sultan Ahmad Shah sebagai Canselor. Anwar hanya menjadi Presiden
ketiga. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan jasa Anwar mengemmbangkan UIA pada masa beliau. Cuma idea UIA adalah Idea Mahathir yang sekarang dipanggil Mahafiraun oleh pembangkang.)
Mempergiatkan usaha melaksanakan sistem perbankan dan Insuran Islam yang dirancang oleh UMNO sejak tahun 1970-an.
Proton Saga*
Lebuh raya Timur-Barat*
Jambatan Pulau Pinang*
Mewujudkan Jabatan Kemajuan Islam
Jabatan Kehakiman Syriah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Wawasan 2020
Putrajaya
Cyberjaya
Formula One
Sukan Komanwel
KLCC
KLIA
dan banyak lagi
isk2 kalau ini yg dikatakan kejam no wonder la semua dok sokong lagi kabinet half past six Paklah adehh laaa-undur-LAH
mahathir adalah seorang machiavellian totok... permainan kuasa gaya diktator sejati.
kalau machiavelli hidup selepas mahathir, mungkin buku beliau tidak dinamakan "The Prince", mungkin "The Mamak" atau "Det Prince" atau "Apa Nama".
Dah berapa nyawa yang hilang sebab Dr. M?
Berapa kehidupan yang disia-siakan dengan penangkapan yang tidak sah?
Sejak mahathir perintah malaysia, berapa ribu orang dalam ISA?
Tun Abdul Razak memerintah, melayu dapat tanah, dapat
livinghood.
Sejak mahathir memerintah, berapa ramai melayu hilang tanah, bumbung dan sumber pendapatan?
Berapa banyak tanah rezab melayu yang tergadai zaman mahathir?
Kejatuhan bahasa melayu pada waktu siapa? Mekar subur zaman siapa?
Buy British Last - tindakbalas akibat kekangan ke atas "investment arm" negara, atau kuda tunggangan kapitalisme kroni?
penghapusan imuniti raja-raja satu pencapaian? gila apa?
Di zaman mahathirlah kuasa raja-raja hampir lenyap.
Kerana mahathir itulah, kuasa yang dipertuan Agong sekarang hanya tinggal "menolak pencalonan Ketua Hakim Negara", itupun masih boleh dipertikai eksekutif.
secara efektifnya Mahathir itulah Agong.
Siapa yang mendalangi aktivisme pelajar tahun 1960an? Siapa yang menghantar duit dari London ketika itu? Siapa yang membekalkan surat-surat hasutan untuk diedarkan para pelajar UM?
Siapa pula si lahanat yang sementelah Tunku Abdul Rahman ditendang keluar dari UMNO (secara halus) membataskan pula hak-hak seorang pelajar hatta untuk bersimpati dengan sebarang organisasi luar pun menjadi jenayah?
masih ingat tragedi Memali? bagaimana dengan Ops Lalang?
bagaimana dengan Pemecatan Ketua Hakim Negara?
siapa yang sebenarnya ejen Yahudi jika bukan manusia yang menghadiri mesyuarat dengan CIA di Virginia sewaktu dalam buangan?
KLCC? KLIA? F1? itu semua duit-duit-duit. ada duit boleh jadi, jadi untuk duit.
Siapa pula yang mengkhianati persaudaraan melayu dengan Pemberontak di Patani? Siapa yang bermain sandiwara, mengakal-akalkan pejuang Patani?
Siapa yang mengadakan rundingan dengan pejuang patani, kemudiannya bila tiba waktu deklarasi, manusia-manusia pilihan rejim bangkok yang dipanggil, kemudian dikatakan mereka itu wakil dari pejuang patani, dan akhirnya wakil itu mengisytiharkan taat setia kepada bangkok. Untuk menutup kejahatannya si penjahat ini membina sebuah masjid di patani.
kerana apa? kerana dendam dengan kelantan? kerana tidak mahu telaga minyak patani-kelantan diusahakan?
zaman siapakah, rasuah dikalangan pentadbir tertinggi universiti-universiti awam mekar subur?
zaman siapakah paling banyak suratkhabar diharamkan waima PKM sudah bubar?
zaman siapakah pembonsaian fikrah, pengabsahan kemelekan, pengagungan buta-intelek menjadi kebanggaan?
kerana siapakah kita dikenali sebagai The Asian Pariah?
sekitar 60an kita bermati-matian dengan segala taktik diplomasi agar Universiti Merdeka tidak dapat ditubuhkan.... apa sudah jadi sekarang, UTAR berdiri megah kerana mahathir. Universiti swasta yang membelakangkan pembangunan identiti nasional tumbuh macam lalang, sekurang-kurangnya cendawan boleh dimakan.
Mahathir, Mahapariah...