BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TUN kejam sekejam2nya....

jutaONEfami

Super Active Member
Messages
6,714
Joined
May 13, 2006
Messages
6,714
Reaction score
48
Points
70
hairan bin ajaib lah! napelah pemerintahan TUN dulu dicop sebagai Kejam? walhal, takdelah plak pembunuhan beramai-ramai macm pemerintahan polpot,Hitler dan sbg nya..nape ek? mungkin disebabkan:

1) masa pemerintahan TUn, menteri-menteri tak bergerak bebas. mereka kena bekerja kuat utk rakyat.sebab tulah mereka kata Pak Lah best. sebab mereka boleh pegi bercuti tgk itik dan ikan kat kg.... hahahahaaha

2) masa pemerintahan Tun, Tun mengamalkan dasar bekerja untuk rakyat, bukan "BEKERJA BERSAMA-SAMA SAYA". sebab tulah KJ sibuk gak bekerja dgn Pak Lah..amik berkat..... hahahaaha baiknya PAKlah

3) masa pemerintahan Tun, beliau nak tahu ape menteri buat. so, menteri kena bagi report kat Tun supaya bila wartawan tanya, takdelah Tun jawab: "Menteri kena jawab.sebab mereka lagi arif dalam bidang tu"....

4) masa pemerintahan TUN harga minyak punya susah nak naik hatta sepuluh sen pun..Time Paklah pulak selamba jer minyak naik berdas2 selamba jer 30 sen naik x umum ape2..ayam naik 65 sen sape nak jawab? gula pun naik sebab kena beli gula halus 2.80 1kg beras punya subsidi pun xlama lagi nak tarik balik...

TUN juga kejam kerana langkah2 berikut:-

Melancarkan Slogan Bersih, Cekap, Amanah
Dasar Pandang ke Timur
Punch Card
Penerapan Nilai-nilai Islam
Kepimpinan Melalui Teladan
Buy British Last
Mengambil Balik Carcosa Seri Negara daripada British
Menghapuskan imuniti raja-raja
Menyamakan waktu sabah dan sarawk dengan semenanjung
Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa
(FAKTA : Dakwaan bahawa UIA adalah idea Anwar langsung tidak tepat dan merupakan satu penafian sejarah. Idea ini adalah dikemukankan oleh Dr. Mahathir di Persidangan Pendidikan Islam di Mekah pada 1977. Malahan ketika Anwar masuk ke dalam UMNO pada 1982, proposal UIA telah siap. Ketika Anwar masih baru membuka langkah dalam UMNO, UIA telah pun ditubuhkan dengan Tun Hussien On sebagai Presiden pertama dan Sultan Ahmad Shah sebagai Canselor. Anwar hanya menjadi Presiden
ketiga. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan jasa Anwar mengemmbangkan UIA pada masa beliau. Cuma idea UIA adalah Idea Mahathir yang sekarang dipanggil Mahafiraun oleh pembangkang.)
Mempergiatkan usaha melaksanakan sistem perbankan dan Insuran Islam yang dirancang oleh UMNO sejak tahun 1970-an.
Proton Saga*
Lebuh raya Timur-Barat*
Jambatan Pulau Pinang*
Mewujudkan Jabatan Kemajuan Islam
Jabatan Kehakiman Syriah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Wawasan 2020
Putrajaya
Cyberjaya
Formula One
Sukan Komanwel
KLCC
KLIA
dan banyak lagi

isk2 kalau ini yg dikatakan kejam no wonder la semua dok sokong lagi kabinet half past six Paklah adehh laaa-undur-LAH
 
sory laaa

soryla aku nak celah.....

ko cakap pakai faktadidepan mata...

bagaimana dengan fakta yg dibelakang ko... yg tak diutarakan dalam paper dan apa jua media...

cubo ko selidik..
 
Itu fakta atas kertas..
Antara Dr M dan PL berbeza latar belakang dan pengalaman; begitulah juga stail pengurusan. Berilah peluang PL bekerja dengan caranya...
Namun paksinya tetap sama Pemerintah Melayu Beragama Islam;
platformya sama parti UMNO komponen BN..
Masa sahaja akan menjawab mengenai pendekatan PL..
 
pendekatan yang berbeza tapi matlamat tetap sama x berubah sama skali.. (petikan ucapan dr Pak Lah)..:-D
 
Re: sory laaa

farouck said:
soryla aku nak celah.....

ko cakap pakai faktadidepan mata...

bagaimana dengan fakta yg dibelakang ko... yg tak diutarakan dalam paper dan apa jua media...

cubo ko selidik..


abis kalau dah sah2 depan mata Kabinet tunduk pada singapura nak tggu ape lagi..ko pun sure tahu kesan pembatalan jambatan tuh pada malaysia dan singapura..spore lompat msia juga tgk saja peluang nak majukan wilayah selatan terbantut..selamatlah pelabuhan spore dr terlungkup..

dalam paper ada bgtau ke Khairi untung atas angin saja 9 juta jual saham ECM LIBRA+Avenue Capital? yang ada konon rugi..sebab aku kaji n study la aku tahu mcm mana dia untung 9 juta atas angin jer..jgn ingat aku main bantai jer..

dalam paper selama ini ada bgtau ke spore ada share pantai holdings sampai paklah nafikan dlm TV3..last2 ngaku mintak Khazanah beli balik saham pantai baru2 ni..ape punya spin la...

come on bro kalo ko ada info yg aku xtahu meh share sini x pun PM aku...


2bz4money said:
Itu fakta atas kertas..
Antara Dr M dan PL berbeza latar belakang dan pengalaman; begitulah juga stail pengurusan. Berilah peluang PL bekerja dengan caranya...
Namun paksinya tetap sama Pemerintah Melayu Beragama Islam;
platformya sama parti UMNO komponen BN..
Masa sahaja akan menjawab mengenai pendekatan PL..

bro memang betoi kita patut kasi chance kat PL tp tgkla 3 tahun ni ape hasilnya.xkan smp negara dah tergadai baru nak bersuara kot..dalam kita mengejar kemajuan menjadi negara maju PL telah ambil langkah kebelakang dengan fokuskan pada pertanian yg TUN dah lama tinggalkan dulu move ke perindustrian..dengan kemajuan teknologi baru kita boleh menjadi negara maju seiring perubahan masa..

aku setuju walau ape terjadi sekalipun UMNO dan ISLAM tetap dipertahankan.TUN cuma tegur kabinet mintak penjelasan dr kabinet pasal 4 perkara jer pun..depa yg lebih2 melatah now..aku pun xsokong TUN jadi PM balik cuma kabinet yg ada sekarang perlu diperbetulkan..itu jer
 
zaniey said:
pendekatan yang berbeza tapi matlamat tetap sama x berubah sama skali.. (petikan ucapan dr Pak Lah)..:-D

Tapi kalau SLOW sanggat pun problem gak......
 
aku mmg taat kpd pemerintahan ... aku jugak sayang kan negara aku sbb kalu negara kena lelong, aku takder tmpt dh nk lari .. begitulah juga kebanyakan org melayu kelas pertengahan yg lain

aku sokong Tun sbb walaupon org kata dia banyak dpt side income dari biz tapi itu aku tak kisah janji tak jual maruah org melayu dgn menjadi kuli batak org lain...

aku jugak sokong pak lah sbb aku tak mo pak lah jatuh dan ada org lain yg akan ambil kesempatan (aku tak mo mention lak saper, kang masuk ISA lak :P )

tapi aku berharap pak lah akan menyambung pembangunan yg tun telah buat... beliau mungkin akan digelar Bapa Penyambung Pembangunan Malaysia.

Media pon satu hal gak aku tgk... awal2 aritu kata Pak lah ikut telunjuk tun lah .. bla bla bla ... jadi tu yg mungkin pak lah nk bukti kan kut ....

tapi bg aku, kalu aku di tmpt beliau .. aku buat donno jer... bukan kah lebih senang kalu sambung plan yg bagus dari buat benda baru yg blm tentu jadi ke tak

SAYA RAKYAT MALAYSIA :D
 
dlm politik mcm2 boleh berlaku .. walaupun dulu Tun di sanjung hebat melebihi taraf raja kononnya , hari ini dia ditikam belakang oleh beberapa orang dlm parti ... maybe diorang nih rakan baik anuar ibrahim yg nak balas dendam .. kononnyalah!!! masa pak lah pegang jawatan PM - terus anuar bebas kan ..kan..kan.. bukan kee pak lah ngan anuar tu rakan baik .. cuma x sanggup nak lawan Tun .. maklum lah Pak Lah dulu kecik je pengaruhnya.. kalau nak kira - pengaruh Najib lagi maha hebat dpd Pak Lah .. Apakan daya - Pak Lah juga yang di pilihh..

Musti Tun menyesal tak sudah...
 
fazarudin said:
dlm politik mcm2 boleh berlaku .. walaupun dulu Tun di sanjung hebat melebihi taraf raja kononnya , hari ini dia ditikam belakang oleh beberapa orang dlm parti ... maybe diorang nih rakan baik anuar ibrahim yg nak balas dendam .. kononnyalah!!! masa pak lah pegang jawatan PM - terus anuar bebas kan ..kan..kan.. bukan kee pak lah ngan anuar tu rakan baik .. cuma x sanggup nak lawan Tun .. maklum lah Pak Lah dulu kecik je pengaruhnya.. kalau nak kira - pengaruh Najib lagi maha hebat dpd Pak Lah .. Apakan daya - Pak Lah juga yang di pilihh..

Musti Tun menyesal tak sudah...

Paklah adalah kesilapan TUN yang paling besar sepanjang 22 tahun memerintah..Abis calar2 belakang TUN dibuatnya paklah ni..undur-LAH
 
Back
Top
Log in Register