BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun Dr Ling Liong Sik Meninggal Dunia

312d8940e4a71f4f59aab86584aeea6b.jpg

be21e1ed3b6a7dfb2db84c138b795792.jpg


Jasa dan perkhidmatan bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik akan sentiasa dikenang, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata beliau mempunyai hubungan rapat bersama mendiang dan keluarga yang merupakan jirannya ketika membesar di Bukit Damansara.

"Saya sangat rapat terutama dengan anak beliau, Keat. Saya merasakan mendiang merupakan seorang yang telah sangat banyak berjasa kepada negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Dr Ling di Pusat Xiao En di Kuala Lumpur hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata anggota Jemaah Menteri pada hari ini melihat dan mengimbau zaman ketika perkhidmatan mendiang.

"Kami faham bahawa apa yang kita lakukan pada hari ini adalah usaha untuk meneruskan apa yang telah dimulakan dulu termasuk oleh Tun.

"Saya berharap keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini bersama," katanya.

Dr Ling meninggal dunia pada usia 82 tahun, Sabtu lepas, meninggalkan isteri Toh Puan Ong Ee Nah serta dua anak lelaki Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.

Bekas Presiden MCA itu antara anggota Kabinet paling lama berkhidmat ketika menerajui Kementerian Pengangkutan selama 17 tahun dari 1986 hingga peletakan jawatan beliau pada 2003.

- Bernama

 
cdea66e7fbbd670d90ad6f7449190d4869d3aad2dded9

87f33304f060d4cc544a3171f6e9891169d3aaf776c19

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan isteri mendiang Tun Dr Ling Liong Sik, Toh Puan Ong Ee Nah, pada Upacara Penghormatan Terakhir bagi bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA itu di Pusat Xiao En hari ini.

Dr Ling meninggal dunia pada Sabtu lepas pada usia 82 tahun, meninggalkan isteri Toh Puan Ong Ee Nah serta dua cahaya mata lelaki, Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan dan Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik yang meninggal dunia pada Sabtu lepas.

Hadir sama di Pusat Xiao En itu ialah Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.

Perdana Menteri berkata beliau hadir bagi mengucapkan takziah kepada isteri mendiang Toh Puan Ong Ee Nah bagi pihak keluarga dan negara, selain mengenang sumbangan besar Dr Ling kepada negara.

"Secara peribadi beliau itu sahabat baik abang saya. Kawasan Parlimen Bagan itu bersebelahan Permatang Pauh, jadi tentunya kami bergerak dalam politik bersama hingga beliau menjadi presiden MCA dan saya dengan UMNO ketika itu.

"Yang pentingnya dalam perjalanan perhubungan peribadi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, kita banyak bersama, bekerjasama dan saya menghargai sumbangan beliau bukan sahaja kepada parti MCA tetapi juga kepada negara khususnya di Kementerian Pengangkutan," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang dan bertemu mereka yang hadir di pusat berkenaan.

Dr Ling meninggal dunia pada usia 82 tahun, Sabtu lepas, meninggalkan isteri Toh Puan Ong Ee Nah serta dua cahaya mata lelaki Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.

Bekas Presiden MCA itu antara anggota Kabinet paling lama berkhidmat ketika menerajui Kementerian Pengangkutan selama 17 tahun dari 1986 sehingga peletakan jawatan beliau pada 2003.

 
803339fe0b710261f5a4f063c103cdc969d4e480ba4b7

b70fab18573b9f40049dfc9b31f772dd69d4e44b003ef

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, diiringi Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan merangkap Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, di Pusat Xiao En hari ini.

Dr Ling meninggal dunia pada Sabtu lepas pada usia 82 tahun, meninggalkan isteri Toh Puan Ong Ee Nah serta dua cahaya mata lelaki, Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan dan Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik, di sini hari ini.

Upacara yang diadakan di Pusat Xiao En itu antaranya dihadiri Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim serta bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata Dr Ling merupakan mentor beliau di luar UMNO.

“Saya banyak belajar daripada perjuangan beliau (Dr Ling) dan bagaimana MCA, MIC dan UMNO seperti adik beradik. Inilah yang saya belajar daripada beliau,” katanya kepada pemberita.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata Dr Ling pernah memimpin MCA serta berkhidmat sebagai menteri selama 17 tahun dan sepanjang tempoh itu, mendiang turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama antara parti komponen BN.

“Beliau juga pernah menjadi Pengerusi BN selama 12 hari ketika UMNO diharamkan suatu ketika dahulu. Ketika itu beliau menguruskan mesyuarat BN dan menjemput UMNO baharu untuk menyertai semula BN. Jadi, ini adalah sejarah,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata Dr Ling merupakan seorang negarawan yang sangat dihormati dan beliau amat menghargai segala sumbangan mendiang terutamanya dalam bidang politik.

“Antara sumbangan penting beliau ialah kestabilan politik yang kita hargai pada tahun 80-an hingga 90-an, dengan Barisan Nasional (BN) sangat kuat malah ekonomi kita bertumbuh dengan pesat disebabkan kestabilan politik yang datang hasil kerjasama erat antara MCA di bawah pimpinan Dr Ling, UMNO dan juga parti lain dalam BN.

“Saya harap kestabilan dan kekuatan politik itu yang dibawa Dr Ling boleh menjadi teladan kepada pemimpin BN hari ini,” kata bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

 
6d596abd7cffabe6b31dd40e3a03e54869d50d7f11ae6

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik di Pusat Xiao En hari ini.

Turut sama isteri kepada mendiang, Toh Puan Ong Ee Nah dan anaknya Ling Hee Keat.


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Keberangkatan tiba baginda berdua di Pusat Xiao En, Cheras, disambut isteri mendiang, Toh Puan Ong Ee Nah dan anak lelakinya, Ling Hee Keat serta Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Sultan Nazrin turut berkenan menulis kata-kata semangat kepada ahli keluarga Dr Ling dalam sebuah buku takziah sebelum memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan meluangkan masa menyantuni ahli keluarga mendiang sebelum berangkat pulang.

Dr Ling meninggal dunia Sabtu lepas pada usia 82 tahun.

Bekas Presiden MCA itu antara anggota Kabinet paling lama berkhidmat ketika menerajui Kementerian Pengangkutan selama 17 tahun dari 1986 hingga peletakan jawatan beliau pada 2003.

 
3e1b99173f692d8b1f3b71db5ce90bc669d5f1623f84c

e1080339207715cab69b55838ef8b69e69d5f1cbb60ed

290feaea800af60a66c2feb71b03e1fc69d5f1e49b7ee

Jasad mendiang bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En, Nilai hari ini.

Jasad mendiang bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En, di sini hari ini.

Terdahulu van yang membawa jasad mendiang tiba di krematorium itu pada 12.18 tengah hari.

Upacara hampir sejam itu berlangsung dalam suasana hiba, dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang turut memberikan penghormatan terakhir dengan meletakkan bunga untuk mendiang.

Dr Ling meninggal dunia pada usia 82 tahun, Sabtu lepas, meninggalkan isteri Toh Puan Ong Ee Nah serta dua cahaya mata lelaki Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.

Bekas Presiden MCA itu antara anggota Kabinet paling lama berkhidmat ketika menerajui Kementerian Pengangkutan selama 17 tahun dari 1986 hingga peletakan jawatan beliau pada 2003.

 
Back
Top
Log in Register