BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun Daim Zainuddin meninggal dunia

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada Rabu, pada usia 86 tahun.

Perkara berkenaan disahkan peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Daim dan isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dalam kes mahkamah.

Daim adalah tokoh politik dan ahli perniagaan Malaysia yang terkenal.

Beliau dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Malaysia, dengan peranan penting dalam ekonomi negara.

Daim dikenali sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan pada era 1980-an dan 1990-an, terutamanya semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Daim memainkan peranan besar dalam membantu Malaysia mencapai pembangunan pesat dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang fokus kepada pengindustrian dan eksport.

Di bawah kepimpinannya sebagai Menteri Kewangan, Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan beberapa pembaharuan dalam sektor kewangan serta pelaburan infrastruktur.

Beliau juga terkenal dengan pendekatan pragmatik dalam pengurusan kewangan negara dan dikenali sebagai seorang tokoh yang berdedikasi dalam menggalakkan pembangunan ekonomi.

Di luar politik, Daim terlibat dalam pelbagai perniagaan dan pelaburan. Beliau dianggap sebagai salah satu individu yang berpengaruh dalam dunia korporat di Malaysia.

Daim juga diketahui bersikap lantang dalam menyuarakan pendapatnya tentang isu-isu nasional, terutamanya dalam bidang ekonomi.

Walaupun telah bersara daripada politik aktif, Daim masih memainkan peranan penting dalam memberi pandangan terhadap polisi-polisi ekonomi negara.

Salam takziah kpd kluarga arwah

1000014879.png
 

Mengenang Tun Daim: Jenazah Tun Daim dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku​

Hasimi Muhamad membawakan perkembangan pemergian Tun Daim Zainudin dari kediaman bekas Menteri Kewangan itu.

 

[SINAR LIVE] Penghormatan Terakhir Tun Daim Zainuddin​

[SINAR LIVE] Situasi terkini solat jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub.

 

'I've lost a mentor' - Syed Saddiq mourns Daim's passing​

Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman expressed his sorrow over the passing of Daim Zainuddin after attending to pay his last respects to the late statesman at Bukit Tunku this afternoon.

Syed Saddiq described Daim as a mentor who greatly guided him in his political career.


 
tq TUN DAIM atas jasa pada negara
AL - FATIHAH
 
Back
Top
Log in Register