BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tular Video Monyet Di Belasah, PERHILITAN Di Minta Ambil Tindakan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
14.11.2025 - Sengaja belasah, tampar dan hempas berulang kali seekor beruk peliharaan. Itu tindakan ganas seorang lelaki tempatan yang didapati mendera haiwan berkenaan sebelum video berdurasi 1 minit 44 saat itu tular di media sosial semalam. Berdasarkan video berkenaan lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai berasal dari negeri di Timur tanah air didapati bergelut dengan beruk dewasa berkenaan yang dipasangkan rantai di leher. Lelaki itu kemudian mencekik leher beruk berkenaan sebelum menampar berulang kali muka dan kepala haiwan liar berkenaan. Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit kemudian mengheret beruk itu sebelum mengangkat dan menghempasnya ke tanah. Tindakan itu seolah-olah mendapat sokongan rakan-rakannya yang didengar ketawa dan tidak menghalang tindakan ganas itu. Sementara itu Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) memaklumkan menerima aduan daripada orang ramai berhubung penyebaran video berkenaan yang menunjukkan penganiayaan terhadap seekor beruk yang dipercayai berlaku di Kelantan.​

"Dalam video itu, beruk berkenaan dilihat diikat menggunakan rantai, ditampar beberapa kali, dan dihentak hingga menyebabkan haiwan itu mengalami kesakitan. Kami mendesak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk mengambil tindakan segera. Kami juga menyeru saksi atau individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini untuk tampil membantu dalam siasatan. Kami juga ingin mengingatkan bahawa penganiayaan terhadap haiwan adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," ujar SAFM.

Berdasarkan Seksyen 86, pelaku boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. SAFM memaklumkan akan terus memantau perkembangan kes ini dan memastikan pihak berkuasa bertindak tegas serta segera agar keadilan dapat ditegakkan.

1763078852844.png

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1287430/hilang-akal-belasah-beruk-lelaki-dicemuh-netizen
 
 
dengan beruk pon nak gaduh ka? cer try babun ke gorila plak..
 
Dua Lelaki Di Syaki Dera Beruk Di Tahan Polis

15.11.2025 - Polis menahan dua lelaki berusia 24 dan 28 tahun bagi membantu siasatan kes penderaan seekor beruk di Bachok, yang tular di media sosial seminggu lalu. Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata kedua-dua lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok kira-kira jam 10 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

“Polis menahan kedua-dua suspek selepas mereka hadir di balai untuk dirakam percakapan berkaitan video tular sejak beberapa hari lepas. Mereka kini direman empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Ismail berkata siasatan awal mendapati rakaman video yang tular memaparkan seekor beruk ditampar, dirantai dan dipukul beberapa kali. Ia dirakam oleh rakan pengadu sebelum dimuat naik ke platform media sosial termasuk TikTok, Facebook dan Instagram mencetuskan reaksi negatif serta kecaman netizen. Katanya pengadu didapati tidak memiliki sebarang lesen atau permit sah daripada pihak berkuasa veterinar untuk menjaga atau melatih haiwan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 kerana penderaan terhadap haiwan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan jelik melalui media sosial. Polis turut merampas satu telefon bimbit dan seekor beruk jantan, yang telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/760849
 
Dua lelaki dicekup belasah seekor beruk


BACHOK – Dua lelaki dicekup selepas dipercayai melakukan penganiayaan terhadap binatang dengan membelasah seekor beruk di Kampung Jembal di sini baru-baru ini sehingga kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penularan rakaman video memaparkan seorang lelaki memukul seekor beruk yang tular di media sosial kira-kira pukul 1.29 tengah hari semalam.


“Rakaman itu mencetuskan reaksi negatif dan kecaman netizen.
Semakan juga mendapati rakannya tidak memiliki sebarang lesen atau permit sah daripada pihak berkuasa veterinar untuk menjaga atau melatih haiwan berkenaan.

“Justeru, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok telah menahan dua orang lelaki bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
Di Tuduh Aniaya Beruk

19.11.2025 - Dua lelaki bersaudara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bachok atas pertuduhan menganiaya seekor beruk jantan pada 1 November lalu. Tertuduh, Muhamad Amirul Afiq Sanusi, 24; dan Muhammad Khairul Aziman Shamsudin, 28; yang dituduh secara berasingan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amin Rashidi Ramli. Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhamad Amirul didakwa sengaja mendatangkan penganiayaan kepada seekor beruk jantan dengan cara memukul dan menakut-nakutkannya di Kampung Jembal, Bachok jam 6.30 petang pada 1 November lalu. Manakala, Muhammad Khairul Aziman iaitu dua sepupu kepada Muhamad Amirul didakwa atas pertuduhan bersubahat atas perbuatan berkenaan di lokasi dan masa yang sama. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya.​

1763522719546.png

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Habil Zainal Abidin. Terdahulu, Muhammad Aiman Syahmi menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh manakala Muhammad Habil memohon jaminan minima dikenakan. Mahkamah kemudiannya setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Disember ini sebagai sebutan semula kes.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1289476/dituduh-aniaya-beruk
 
Back
Top
Log in Register