hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Tular video lelaki ada hubungan dengan isteri orang, doktor buat laporan polis
Doktor yang bertugas di pusat perubatan di Kota Bharu buat laporan polis selepas video beliau dikatakan curang dengan isteri orang tersebar. - Foto tular
KOTA BHARU: Pihak polis menerima laporan berkaitan video tular yang memaparkan seorang wanita berstatus isteri orang yang didakwa curang dan ada hubungan dengan seorang doktor.
Susulan itu, doktor yang bertugas di pusat perubatan swasta membuat laporan polis kira-kira jam 6.27 petang, Ahad lalu.
Disyorkan
"Kes diklasifikasikan rujuk lain agensi (RLA)," katanya menerusi satu kenyataan media malam ini.
Terdahulu, media melaporkan, tular di Facebook memaparkan seorang lelaki menerjah dan merakam detik-detik isterinya curang bersama doktor berstatus suami orang sehingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian, lelaki itu tidak pernah menyangka individu yang paling disayanginya sanggup berpaling tadah kepada lelaki lain walaupun sudah 10 tahun melayari bahtera rumah tangga.
Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, punca permasalahan bukan disebabkan miskin, gaduh, tidak meluangkan masa bersama atau tiada persefahaman, sebaliknya gara-gara terma 'office wife'.
"Saya tak pernah sangka orang yang saya sangat sayang, yang setiap malam tidur di sisi sanggup curang. Selepas 10 tahun berkahwin rumah tangga saya musnah," katanya.
Artikel