BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki serah isteri curang ditukarkan dengan seekor lembu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
3297896.webp

Adat Mosehe itu dilakukan secara damai tanpa berlaku sebarang pergaduhan. Foto Agensi

KONAWE - Sebuah rakaman tular memaparkan seorang lelaki reda kerana sanggup menyerahkan isterinya kepada kekasih gelap wanita itu.

SRH warga Desa Puudombi, Tongaung Utara, Sulawesi Utara di Indonesia kelihatan tenang ketika aksi penyerahan NS kepada lelaki lain mengikut adat Tolaki digelar Mowea Sarapu atau Mosehe dilakukan.

Dia turut memegang bahu lelaki tersebut sambil menitip pesanan.

"Saya serahkan NS yang sudah saya ceraikan. Kamu jaga dia. Jangan pernah sakiti dia. Selama ini, dia tidak pernah bahagia bersama saya," ujar SRH sambil menahan sebak seperti dipaparkan klip tersebut.

Proses penyerahan itu disaksikan tokoh adat, pegawai desa dan penduduk setempat.

Kejadian itu turut disahkan Kepala Desa Puudombi, Safrudin.

Menurut laporan Tribunnews, SRH telah membina rumah tangga dengan NS selama lima tahun sebelum wanita itu tertangkap berlaku curang di Kecamatan Unaaha, Konawe.

NS dan lelaki digelar perebut bini orang (pebinor) itu telah mengakui perbuatan mereka.

Di bawah proses Mosehe tersebut, pebinor tersebut diarahkan memenuhi sejumlah syarat yang telah dipersetujui termasuk menyerahkan seekor lembu menggantikan kerbau dan wang tunai 5 juta rupiah (RM1,270). - Agensi

 
Back
Top
Log in Register