BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tukar Topi, Tukar Baju

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
24.04.2019 - Kuchai Lama, Guna taktik penyamaran dengan menukar baju dan topi dipakai setiap kali mahu menipu menggunakan not kertas RM100 palsu dimiliki.

Itu taktik digunakan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang diberkas selepas memperdaya peniaga menggunakan wang kertas palsu dimiliki.

Difahamkan, suspek yang pernah terbabit dengan kes dadah ditahan ketika cuba menipu seorang pekedai di Jalan Kuchai Lama di sini, dengan menyamar sebagai pelanggan.

Mangsa yang juga pemilik kedai runcit, K Darshan Karthik, 30, berkata, lelaki itu kali pertama muncul di kedainya sekitar jam 3 pagi semalam dengan berpura-pura mahu membeli barang.

Dia berkata, pekerjanya tidak menyedari wang kertas RM100 diberikan lelaki itu palsu sebelum perkara itu terbongkar apabila dia meneliti ciri keselamatan wang berkenaan.

“Apabila saya memeriksa lebih lanjut, saya menemui enam keping not kertas RM100 palsu di dalam mesin kira-kira wang.

“Pekerja saya mendakwa lelaki sama datang ke kedai saya dua kali untuk membeli barangan runcit. Dia mendakwa suspek menukar baju dan topi digunakan setiap kali muncul di kedai, dipercayai bagi mengelak identitinya dikesan,” katanya.

Menurutnya, dia yang yakin penjenayah akan datang semula ke kedainya itu bertindak menunggu sebelum lelaki sama didapati muncul sekitar jam 8 pagi semalam.

“Lelaki itu yang memakai baju kemeja-T kelabu dan topi kuning bagaimanapun bertindak agresif ketika disoal sebelum menyerang saya ketika disoal siasat.

“Lelaki itu menumbuk saya selain cuba melarikan diri. Namun beberapa orang awam yang berada di lokasi berhampiran mengejar sebelum berjaya menahannya.

“Penjenayah terbabit cuba melawan namun diikat kaki dan tangannya sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan pada beg silang milik penjenayah menemui beberapa keping wang kertas palsu RM100.

24hmpicduit2_1556053225.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/448093/tukar-topi-tukar-baju
 
pegi kedai yang sama memang kena la jawabnye
 
2 kali muncul dah ada 6 keping not 100 palsu..beli apa agaknya rm600 tu,kedai runcit je pon
 
Dah kesedapan dapat untung dkt kedai yg sama,mendapatlah ko
 
2 kali muncul dah ada 6 keping not 100 palsu..beli apa agaknya rm600 tu,kedai runcit je pon


Selaunya depa ni beli barang murah2 je, yg depa nak duit baki tu :D

kira mcm cuci duit jugak ni , duit yg dapat jumlahnya kurang sikit sja sebab dah beli barang, katakan bikut Rm 4, baki RM 96 tu.."Tulin Bang"..:eek:
 
Tapi kalau dia guna amount yg kecik sikit, mcm note RM 20 ke, penat lah sikit kumpul baki, tapi..rasanya jarang sangat org nak cek Note RM 20.

note RM 100 memang kena le..
 
seriously, memang satu kedai tu je ke yg ada area tu?
adoii...budak darjah 2 lagi cerdik aku rasa...
 
Back
Top
Log in Register