eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA KETIL: Majlis perkahwinan Nurhidayah Yahya, 26, dengan Laskar Udara Kanan Mohd Redzuan Abu, 28, yang sepatutnya berlangsung di Kampung Tiban, di sini, semalam bertukar menjadi majlis kenduri arwah berikutan kematian Mohd Redzuan yang terbabit dalam kemalangan di Seremban, Negeri Sembilan, malam kelmarin.
“Sudah pasti Nurhidayah paling sedih. Sejak menerima berita sedih itu malam tadi (kelmarin), dia asyik termenung dan enggan bercakap,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Bagaimanapun, Nurhidayah enggan ditemubual kerana masih terlalu sedih dengan kejadian itu dan hanya berdiam diri serta menangis di samping ibunya, Rohani Mahmud, 47.
Tinjauan Harian Metro di rumah keluarga terbabit pagi semalam mendapati persiapan majlis perkahwinan seperti khemah, makanan dan bilik pengantin sudah disiapkan.
Bagaimanapun, pelamin yang sepatutnya dipasang malam kelmarin dibatalkan selepas menerima berita mengejutkan itu.
Mohd Redzuan, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), maut selepas gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh di Kilometer 281.6 Lebuhraya Utara Selatan di Seremban.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam, mangsa kemudian dirempuh sebuah kereta Proton Wira, menyebabkannya maut di tempat kejadian.
Yahya berkata, Mohd Redzuan yang berkhidmat dengan TUDM sejak lapan tahun lalu, kali terakhir berkunjung ke rumahnya di sini pada 21 April lalu untuk menghantar borang nikah.
“Ketika itu dia tidak menunjukkan kelainan atau petanda pelik, cuma badannya susut sedikit berbanding sebelum ini. Walaupun bersedih, kami sekeluarga reda dengan ketentuan Allah,” katanya.
Yahya berkata, anak sulungnya itu tiba di rumah kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin dari Kampung Kesang Jaya, Jasin, Melaka selepas menziarahi jenazah tunangnya.