BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tukar berjaya capai objektif

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Hasan Malek


KUALA PILAH - Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang diseliakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah berjaya mencapai objektifnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata lebih 56 peratus kedai yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dan 78 peratus kedai yang dikaji oleh perunding luar telah menunjukkan peningkatan nilai jualan.

Di samping itu, sebanyak 84 peratus kedai berkenaan telah melaksanakan lebih daripada 70 peratus amalan perniagaan baik yang ditetapkan dalam program tersebut.

"Sungguh pun begitu, KPDNKK bersetuju bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan program ini.

"Cabaran utama proses transformasi ini adalah untuk mengubah minda (mindset)semua peserta program Tukar agar mempraktikkan amalan perniagaan yang baik dan moden.

Oleh itu, KPDNKK telah mengambil tindakan penambahbaikan hasil daripada penemuan dan cadangan yang dikemukakan seperti yang dilaporkan dalam laporan penemuan audit, JAN itu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia peringkat daerah Kuala Pilah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Laporan Ketua Audit Negara, 2013 Siri 1 bahawa 26 peratus daripada 70 kedai di bawah Tukar yang diseliakan oleh KPDNKK mengalami kemerosotan nilai jualan manakala 14 peratus lagi gulung tikar.

Hasan yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah berkata selain JAN, kerajaan juga telah melantik perunding luar untuk menjalankan kajian impak pelaksanaan program Tukar di antara bulan Julai dan November 2013.

Program Tukar merupakan salah satu Projek Permulaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi pemborongan dan peruncitan yang diselia oleh KPDNKK.

Program ini yang dilancarkan pada 2011 bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan daya saing dalam sektor peruncitan yang kompetitif.

Katanya program ini dilaksanakan dengan kerjasama pasaraya besar(hypermarket) sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat terbabit dalam membangunkan dan memodenkan peruncit tempatan.

"Tukar dilaksanakan melalui Bank Rakyat dan lima koperasi khas yang mendapat kelulusan daripada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah seliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Beliau berkata bagi tempoh 2011 hingga 2013, Kementerian Kewangan telah meluluskan dana berjumlah RM149 juta untuk Tukar dan pelaksanaan projek ini dijangka menyumbang sebanyak RM5.56 bilion kepada pendapatan negara kasar dan mewujudkan 51,540 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register