eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MEDAN - Tudung yang dipakai oleh Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry menjadi buruan ramai remaja dan wanita di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Peniaga-peniaga memberikan nama tudung tersebut sebagai jilbab Manohara.
"Sejak tudung itu dijual, bilangan pembeli yang mahu membelinya semakin meningkat," kata seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Ahmad.
Tudung Manohara itu laris dijual sehingga 20 helai pada setiap hari.
Setiap tudung itu dijual pada harga di antara 30,000 rupiah (RM10.48) hingga 35,000 rupiah (RM12.23) sehelai.
Manohara yang merupakan seorang bekas model menjadi popular selepas media Indonesia menyiarkan berita dia didera oleh suaminya.
"Berikutan populariti Manohara, kami mengambil kesempatan dengan sebaik-baiknya iaitu dengan menjual tudung tersebut dengan menggunakan namanya.
"Ternyata hasilnya sangat memuaskan," kata Ahmad. - Agensi