kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
Tindakan gantung Chong kerana beliau terus lempar tuduhan liar terhadap k’jaan
KUCHING: Tindakan menggantung Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan sebagai tindak balas apabila Setiausaha DAP Sarawak itu terus menerus melemparkan tuduhan liar terhadap kerajaan.Katanya, tuduhan terbaru dilakukan Chong dalam persidangan DUN yang mengatakan dana pembangunan diperuntukkan dalam Bajet Negeri hanya dikawal atau dipegang oleh Menteri Kewangan adalah ‘tidak benar’.
Sedangkan menurut beliau, setiap kementerian sebelum sesuatu belanjawan dibentangkan, diminta mengemukakan keperluan masing-masing untuk digunakan pada tahun depan.
Disebabkan gemar melemparkan tuduhan tidak berasas, Dr Chan merasakan tindakan menggantung Chong adalah keputusan ‘terpaksa’ dilakukan.
“Apabila melakukan kesalahan dia tidak mahu meminta maaf. Ini bukan kedai kopi kerana kita (dalam persidangan DUN) berbincang perkara yang serius. Tidak boleh sesuka hati,” katanya ketika ditemui di DUN di sini, semalam.
Jika menyedari selepas memberi fakta yang salah, beliau harus meminta maaf, katanya.
Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dalam sidang media selepas hukuman terhadap Chong dijatuhkan, berkata beliau tidak boleh membiarkan orang terus menerus memburuk-burukkan kerajaan.
Katanya, beliau khuatir keyakinan para pelabur akan luntur apabila terbaca laporan akhbar yang mengaitkan kerajaan tidak menguruskan dana dengan betul.
Malah, kelembapan ekonomi lantaran kekurangan pelaburan asing, bakal menjejaskan usaha membawa pembangunan ke tahap lebih tinggi di negeri ini.
Katanya, apabila bajet diperlekehkan, ia juga dikhuatiri akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan.
“Dia boleh musnahkan saya, tetapi tidak akan membiarkan kerajaan dimusnahkan,” tegas beliau.
Menurut beliau, peranan pembangkang dalam DUN tidak semestinya membantah apa sahaja dengan membuta tuli.
Pembangkang katanya, perlu melaksanakan peranan dengan memberi kritikan dan pandangan yang membina.
Wong turut menjelaskan mengenai proses penyediaan bajet.
Bajet menurut beliau, bermula pada September setiap tahun dengan setiap agensi atau jabatan mengemukakan rancangan pada tahun depan kepada kementerian masing-masing.
Selepas itu, ia akan diterima oleh Jawatankuasa Bajet Negeri yang membabitkan semua Setiausaha Tetap Kementerian.
Seterusnya ia akan dibincangkan di peringkat kabinet dan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan hanya terbabit di peringkat akhir, sebelum dibentangkan dalam persidangan DUN untuk diluluskan.
http://www.theborneopost.com/?p=61861