BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tuala wanita dalam rahim....

emoney

Super Active Member
Messages
8,574
Joined
Feb 13, 2007
Messages
8,574
Reaction score
86
Points
70
Tuala wanita dalam rahim

TASEK GELUGOR: Seorang ibu muda menderita kesakitan selepas melahirkan anak sulung kira-kira dua minggu lalu, berikutan tuala wanita yang dipercayai digunakan ketika proses kelahiran anaknya tertinggal dalam rahimnya.

Nurhidayah Abdul Hamid, 24, dari Permatang Sungai Dua di sini, melalui pengalaman yang memeritkan beberapa hari selepas dia dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mohd Abdul Muhaymin Mustafa, 24, mendakwa isterinya melahirkan anak perempuan secara normal pada jam 10.53 malam pada 15 Julai lalu, sebelum dibenarkan pulang dua hari selepas itu.
Apabila berada di rumah, kesakitan yang dialami Nurhidayah semakin serius.

Kakitangan Telekom Malaysia itu yang turut demam, dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Dua untuk mendapatkan rawatan, Jumaat lalu.

Doktor hanya memberikan antibiotik, ubat demam dan batuk kerana menyifatkan kesakitan yang dialami wanita itu perkara biasa bagi mereka yang baru melahirkan anak.

Berikutan Nurhidayah terus mengalami kesakitan dan sukar untuk berjalan, Mohd Abdul Muhaymin membawa isterinya ke sebuah klinik swasta Isnin lalu, sebelum diminta merujuk ke Hospital Kepala Batas (HKB).
Apabila pihak hospital melakukan pemeriksaan ke atas isteri saya, doktor mendapati tuala wanita yang dipercayai digunakan menahan darah masih dalam di rahimnya, katanya di sini.

Selepas tuala wanita itu dibuang, Nuhidayah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), Butterworth, kelmarin, untuk rawatan susulan. Ibu muda itu kini masih dirawat di HSJ dan keadaannya dilaporkan stabil.

Mohd Abdul Muhaymin mendakwa seorang pegawai dari HPP menemuinya petang kelmarin berhubung kejadian itu.

Pegawai berkenaan mengakui berlaku kesilapan petugas HPP dan memohon maaf di atas kejadian berkenaan, katanya.

Beliau yang kecewa dan kesal dengan kejadian itu, mendakwa kejadian berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat yang mengendalikan kelahiran anaknya.

Berikutan kejadian itu, Mohd Abdul Muhaymin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara di Kepala Batas, Isnin lalu.

Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian itu, menjejaskan kesihatan isteri saya. Sepatutnya kejadian itu tidak berlaku jika pihak berkenaan menjalankan tugas dengan berhati-hati, katanya.

Beliau berkata, kejadian itu meninggalkan pengalaman pahit terhadap isterinya yang melahirkan anak sulung dan harus menjadi pengajaran kepada hospital berkenaan untuk memastikan perkara itu tidak berulang.​

~X(~X(:(scam:(scam
 
senang je minta maap..
bayar la..
 
aiyakk..dia igt tong sampah ke rahim tu..blh plk buang mende tu kt dlm tuh..giler hape.
 
Doktor ngan jururawat KKM, memang lebih baik disaman..
Pemalas, buat kerja sambil lewa. Macam ba alif ba ya.
Tengok la perangai doktor dan nurse kat hospital sultanah aminah jb,.. dah macam area angker jer.

Bulan puasa, ada kes depan mata aku dan saksi2 lain.. kecemasan kemalangan.. mangsa ditinggalkan kat atas troli jer,.. doktor suruh nurse take over, pasal doktor nak mencekek kedarah bukak posa,.. nurse yang tak posa pun jaga la jab dalam 30 sec. jer, pastu tiba2 dia tinggalkan orang eksiden atas troli, follow doktor tu... mangsa pulak duk jer atas troli sampai waktu buka habis... baru leh naik katil,.. botol air yang masuk kat badan tu dah lama kering derang boleh tinggalkan jer org yang sakit camtu. Aku yang takde kene mengena ngan org eksiden tu yang tolong pasang air botol tu...

hospital sultanah aminah jb memang macam haram jad@h!
 
doktor tu betul2 pntingkan diri-sndiri ar...~X(
 
Back
Top
Log in Register