BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TSGN pasang Satcom di luar bandar

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Ahmad Shabery( kiri) dan Hod pada majlis pelancaran TSGI Cyberport, semalam.


SYARIKAT komunikasi TS Global Network Sdn Bhd (TSGN) kini menumpukan pemasangan terminal komunikasi satelit (Satcom) dan ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT) di kawasan pedalaman seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Hod Parman berkata, teknologi itu dipasang sekitar 1,000 sekolah terpilih di kawasan yang terpencil dan sukar mendapat akses internet.“Kami bekerjasama dengan Telekom Malaysia dan Kementerian Pelajaran untuk mengenal pasti sekolah yang berpotensi dipasang dengan kemudahan ini, " katanya.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek bagi merasmikan TSG International (TSGI) Cyberport di Cyberjaya, semalam.Menurut Hod, program Satcom menawarkan kelajuan lebih pantas menggunakan satelit yang dipasang di kawasan pedalaman.
 
Back
Top
Log in Register