BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stesen Minyak Mudah Alih Di Desa Keda Perluas Kemudahan Asas Kepada Komuniti Luar Bandar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b577d2931352cdac328112271587f2be69dca32e7eafa

4ee341b9173cb09bc59a3996ae5e286869dca37eb7527

Pembukaan Stesen Minyak Mudah Alih (Portable Container System – PCS) di Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sungai Tengas merupakan satu inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperluas kemudahan asas kepada komuniti luar bandar.

Pengerusi KEDA, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata KEDA merupakan agensi pertama yang berjaya merealisasikan Memorandum Persefahaman (MoU) usahasama strategik KKDW bersama Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) melalui Projek Pembangunan Rangkaian Stesen Minyak Desa dan Wilayah bersama BHPetrol.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pembukaan Stesen Minyak Mudah Alih (PCS) di Desa KEDA Sungai Tengas di sini, berupaya memperluaskan kemudahan asas kepada komuniti di kawasan luar bandar.

Pengerusi  Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata PCS adalah antara inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi KEDA.

"KEDA merupakan agensi pertama yang berjaya merealisasikan memorandum persefahaman (MoU) usahasama strategik KKDW bersama Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) melalui Projek Pembangunan Rangkaian Stesen Minyak Desa dan Wilayah bersama BHPetrol.

"BHPetrol memperuntukkan pelaburan sebanyak RM45 juta bagi pembangunan 10 stesen minyak termasuk di Sungai Tengas, Bandar Baharu, Kedah; Kampung Awah, Temerloh, Pahang; Sri Gading, Batu Pahat, Johor; dan Tumpi Rapat, Jeli, Kelantan.

"Alhamdulillah, hari ini kita lancarkan yang pertama di Sungai Tengas. Kedah menjadi yang pertamalah dalam program ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PCS Desa KEDA Sungai Tengas dekat sini, hari ini.

Mahdzir berkata projek di Desa KEDA Sungai Tengas yang menelan kos RM1.2 juta itu dapat memastikan penduduk di kawasan luar bandar mendapat bekalan bahan api bersubsidi yang mencukupi tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh.

"Pembinaan stesen telah bermula pada 15 Oktober tahun lepas dan stesen ini memulakan operasi pada 11 Februari tahun ini," kata Mahdzir.

Beliau berkata tapak stesen disediakan oleh KEDA, yang turut melantik Koperasi Pengusaha Stesen Minyak Mini Wilayah Utara Berhad sebagai pengendali projek itu berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pengurusan stesen minyak.

"Program ini merupakan satu kemudahan dan boleh memberi manfaat kepada kira-kira 80,000 orang termasuk penduduk berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register