BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trump beri amaran keras

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
WASHINGTON – Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump berjanji akan mula mengusir pendatang tanpa izin sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden AS seterusnya.

“Pada hari pertama saya bergelar Presiden AS, saya akan mengusir pendatang tanpa izin dari negara ini termasuk ratusan ribu pendatang haram yang kini bercampur dengan masyarakat selepas dibebaskan oleh pentadbiran Presiden Barack Obama-Clinton,” kata Trump kepada penyokong di Des Moines, Iowa.

Clinton yang merupakan pesaing Trump berkhidmat sebagai Setiausaha Negara AS semasa pemerintahan Obama. Presiden AS seterusnya akan mengangkat sumpah pada 20 Januari depan.

“Saya akan membina sebuah tembok besar, melaksanakan e-pengesahan di seluruh negara, menyekat pendatang tanpa izin daripada menerima elaun kebajikan dan membangunkan sistem pengesanan keluar masuk bagi memastikan mereka yang tinggal melebihi tempoh visa dapat segera diusir,” tegasnya.

“Jika kita tidak menguatkuasakan tarikh luput visa, maka, kita mempunyai sempadan negara yang lolos dan terbuka.

“Satu undi kepada Trump adalah undi bagi mendapatkan sebuah negara yang menguatkuasakan undang-undang. Undi untuk Clinton merupakan undi untuk membuka sempadan negara ini,” tambahnya.

Dalam ucapannya, Trump turut merayu kepada pengundi kulit hitam dan berjanji akan membantu mereka mencari pekerjaan.

“Setiap kali penduduk berketurunan Afrika di AS hilang pekerjaan kerana pendatang asing, hak warga AS dicabuli sepenuhnya,” kata Trump.

Beliau yang cuba memikat pengundi kulit hitam berkata, komuniti tersebut akan menyokongnya terutamanya susulan insiden sepupu bintang bola keranjang, Dwyane Wade yang mati ditembak.

Beliau merujuk kepada Nykea Aldridge yang maut semasa berbalas tembakan dengan dua lelaki di Chicago pada Jumaat lalu. – AFP
 
dua dua sama jer.... kedamaian yang dicari akan menyebabkan kemusnahan sejagat dirasai..
 
Malaysia makin nak ditambah PATI adalah ..

Convert jadi PADI pulak tu .. PADI = Pendatang asing dengan izin
 
Nama pun ahli politik..don't trust..sebab..yg byk sembang dr melakukan kerja tu..byk tipunya..
 
Back
Top
Log in Register