Since masa pun dah nak mula gelap time tu...Kami pun bergerak balik ke Guesthouse...suhu sebelah malam mmg sejuk betul.
Sampai Guesthouse, simply masak makanan Brahim yang dibawa..rehatkan diri kejap...kami jalan kaki ke Namsan Tower plak..
Guesthouse kami mmg dekat je ngan Namsan Tower ni...tapi jalan ke namsan tower agak mendaki..kami sampai ke stesen kereta kabel...ramai org naik kereta kabel untuk ke puncak bukit tapi kami memilih untuk mendaki sendiri je..ada disediakan trek untuk mendaki ke namsan tower.
Angin agak kencang malam tu, sejuk mmg tak boleh nak cakap lah..menggigil..even pakai sarung tangan bagai, tetap sejuk....mendaki punya mendaki...lepas satu lereng ke satu lereng..still x sampai2...aduiiii...dah le sejuk...sunyi plak tu, rasa risau le plak... ) )
Dgn sejuk bagai...dan x larat dah nak daki, kami decide untuk berpatah balik je...Hahahaha
Dapat lah sikit view Namsan Tower dari kejauhan )
Moral of the story, naiklah kabel car ye tuan-tuan) )
Bilik sendiri, bilik berdua ondol style...tilam kat atas lantai je..toilet pun dlm bilik.
Hi Guesthouse Myeondong, Subway Line 4 turun station Myeondong exit 3 naik escalator, exit 2 naik tangga..lokasi belakang Hotel pasific..semalam USD55, so harga bilik boleh share ngan rakan
Tea ceremony yang dibuat oleh orang Korea di Pulau Nami, actually derang ajak Ved untuk join sekali tea ceremony ni..tapi kami terpkasa menolak sebab dah nak gerak ke Petite France pula..lagipun masa dah lewat waktu ni..
So kami naik ferry semula ke jeti Gapyeong dan menunggu bas untuk ke Petite France..tempat tunggu bas berjarak sekitar 150m dari jetty Nami...berdekatan 7 eleven...if nak balik ke Gapyeong train station, tunggu bas setentang dgn 7 E tersebut, if nak ke Petite France, tunggu bas sebelah 7 E...faham tak ni..?? )
Seperti sebelumnya...tunggu punya tunggu, bas x kunjung tiba...kami decide untuk naik taxi lagi sekali..tambang taxi ke Petite France agak mahal, sebab jauh...sekitar 18,000 won sehala.
Bayaran masuk ialah 8,000 won, kami menggunakan kupon diskaun yg diprint dari website KTO untuk mendapatkan 25% diskaun tiket masuk...so perlu bayar 6,000 won sahaja seorang.
Apa yang best di Petite France..??
Ia merupakan bangunan rekabentuk gaya Perancis dan beberapa drama korea ada dilakonkan dilokasi ini seperti Beethoven Virus dan Secret Garden.