Salam semua...
Den pun baru balik daripada korea...
1 Month before :
1) Book tiket flight untuk dua orang, kena lebih kurang RM 2.3k termasuk makan dan minum oleh airasia.
2) Cari guest house yang berkenaan di booking.com. Jumpa di area myeondong, Seoul. Harga quite expensive, 4 night lebih kurang RM 830 duit malaysia. Bilik double, private bilik mandi, hot water, ada dapur dilobi, sarapan roti dan cofee setiap pagi dan paling best single wifi every room. Laju oiiii internet diorang...
Dari segi location, memang sangat strategik. Dekat dengan train stesen, night market, nansam cable car dan tower.
Nama guesthouse to Nungmaru Guesthouse.
7 Day Before :
1) Tukar duit RM3k di money changer, dapatlah dalam 9++k won. So duit diorang 1000won = RM3, Lebih kurang duit USD cuma beza dia ada lebih kosong-kosong.
2) Beli makanan macam maggi, nestum, milo, roti dan sebagainya. Sana makanan halal susah + mahal. Kebab pun 4500won, lebih kurang RM12 ~ 14 duit malaysia.
3) Beli baju sejuk, sebab suhu lebih kurang 5 ~ 15 celcius. Beli je kat bundle. RM 20 ~ 50..
4) Prepare passport, check in, dan asingkan duit hotel + duit belanja.
Day 1 :
Fly daripada KLIA2 jam 7 pagi dengan flight D7 505 airasia. Dalam penerbangan flight attendant bagi 2 borang iaitu borang imgeresen dan borang kastam. Dia suruh isi sebab senang bila dah turun dari flight terus je pergi cop passport.
Sampai Incheon pukul 3 petang waktu korea (Korea awal sejam dari malaysia). So dia turun di terminal lain, jadi nak keluar daripada airport kena pergi terminal utama dia. Naik mini train dan terus ke terminal utama.
Lepas tu, pergi ke imigresen cop passport, jangan lupa bagi borang imigresen. Keluar daripada jabatan imigresen pergi sebelah kiri dan amik bag lepas tu kena lalu jabatan kastam. Time ni borang kastam kena serah.
So disebabkan guesthouse di area Myeondong Seoul, jadi kena amik train dari Incheon > Seoul Station > Myeondong. Memula daripada terminal pergi ke stesen keretapi incheon. Kat sini ada 2 option, satu amik train henti2 atau amik train express. 2 train tak jauh beza waktu perjalanan. Lebih kurang 11 minit lebih jimat kalau naik train express. Jadi decide amik train henti2 sebab tak terkejar2 pun. Bayar la tiket, tak ingat berapa la pulak. Tapi jauh lagi murah daripada train express. Express lebih kurang 8000won.
So sepanjang perjalanan amik masa lebih kurang sejam, amik la gambar sana-sini. Orang korea memang pendiam, sebab sibuk dengan gajet masing2. Sampai je seoul stesen, kena amik line 4 untuk turun ke myeondong. Sebelum tu singgah la kedai GS 25(macam 7 eleven) untuk beli T Money card. Card ini macam touch n go malaysia, jadi dengan ada card ini boleh la dapat 100 diskaun apabila naik train atau bus.
So naik train, pergi ke myeondong. Sampai je terus ke guest house, jarak lebih kurang 10 minit dari stesen keretapi tu. Berehat...
Bersambung.....