BTC USD 84,624.1 Gold USD 4,136.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trip ke korea

Di penghujung Gwanghamun Square ni, kita akan jumpa arca siput..situ menandakan kita telah sampai di Cheongye Stream...sungai yang menjadi kebanggaan rakyat Korea. Airnya super jernih dan boleh nampak ikan2 kecil berenang kat dalam tu..

Banyak subway boleh access ke Cheongye Stream ni..turun station Dongdaemun pun boleh sampai ke sungai ni sebab dia merentang ke beberapa bahagian sekitar Seoul.

Masa Ved pergi pada 2hb tu...derang tgh prepare untuk Lantern Festival kat sungai ni..so boleh lah tgk kerja2 preparation sedang dibuat...


8190268225_e0cbd6fd73_z.jpg


Lantern Festival ni bermula pada 7hb Nov hingga 23hb Nov 2014..memang sesak ngan orang masa Ved pergi 7hb tu...maybe sebab malam pertama kot.
 
Since masa pun dah nak mula gelap time tu...Kami pun bergerak balik ke Guesthouse...suhu sebelah malam mmg sejuk betul.

Sampai Guesthouse, simply masak makanan Brahim yang dibawa..rehatkan diri kejap...kami jalan kaki ke Namsan Tower plak..

Guesthouse kami mmg dekat je ngan Namsan Tower ni...tapi jalan ke namsan tower agak mendaki..kami sampai ke stesen kereta kabel...ramai org naik kereta kabel untuk ke puncak bukit tapi kami memilih untuk mendaki sendiri je..ada disediakan trek untuk mendaki ke namsan tower.

Angin agak kencang malam tu, sejuk mmg tak boleh nak cakap lah..menggigil..even pakai sarung tangan bagai, tetap sejuk....mendaki punya mendaki...lepas satu lereng ke satu lereng..still x sampai2...aduiiii...dah le sejuk...sunyi plak tu, rasa risau le plak... :)) :))

Dgn sejuk bagai...dan x larat dah nak daki, kami decide untuk berpatah balik je...Hahahaha

Dapat lah sikit view Namsan Tower dari kejauhan :))


Moral of the story, naiklah kabel car ye tuan-tuan :)) :))
 
tumblr_mxc9hj6UJY1qkyzm3o1_1280.jpg


Namsan Tower : Sumber Google
 
Malam pertama di Seoul, kami tidur awal...sebabnya esok awal2 pagi nak bertolak ke Namiseon (Pulau Nami).

Perjalanan menggunakan subway ke Nami Island mengambil masa sekitar 2 jam.
Dari stesen Myeondong Line 4, interchange ke Jungang line di Ichon..dari Ichon interchange lagi kepada G Line di Sangbong...kami turun di stesen Gapyeong...tambang subway sehala ialah 1900won.

Dari Sangbong ke gapyeong paling jauh, make sure kita dapat duduk dlm train..if berdiri mmg terasa lenguh tulang belakang.

K1209.JPG



Keluar dari Gapyeong Station..sebelah kanan ada Tourist Information booth, boleh tanya situ untuk dapatkan info lebih lanjut.

Ada 2 cara untuk ke jeti gapyeong, menaiki bas ataupun teksi.

Tambang bas ialah 5,000 won. Dan boleh digunakan sepanjang hari utk hop in hop off ke nami, petite france dan garden of morning calm, make sure simpan tiket bas untuk pengesahan bila nak hop in bas.

Mulanya kami menunggu bas...lama juga menunggu..dlm 30 minit x nampak bayang bas lagi...rugi masa kan..?? So kami decide untuk naik teksi je...tambang teksi dari Gapyeong station ke Jeti nami islah 3,300 won..murah lah tu..lagipun dekat je sebenarnya :)
 
Salam....
baru balik dari Korea semalam....
Nah sekeping dua gambar untuk sahabat2 CG
:)

10368404_10205287767254588_1353075220282502265_n.jpg


10615466_10205287771694699_2491200918533013313_n.jpg


10374434_10205287781774951_6077250564665907844_n.jpg


1920583_10205287784975031_5510081414805675069_n.jpg


10734245_10205287789815152_7415742080170094013_n.jpg

engkos brapo cip?

ni cantik kalu pakai IR cam.....letak plak Neelofa.....meleleh...

:)):))
 
engkos brapo cip?

ni cantik kalu pakai IR cam.....letak plak Neelofa.....meleleh...

:)):))

Transport..makan..entrance fee selama 8 hari dalam RM700-RM800 gitu..untuk subway, Ved guna T-Money, top up dalam 35,000 won..ada baki 1,700 lagi dlm kad tu masa balik
 
Tiket masuk ke nami island ialah 8,000 won (RM24) termasuk ferry pergi dan balik, selain naik ferry..anda juga boleh ke nami island secara flying fox..harganya mahal, sekitar RM100++.

So Ved pilih option yang murah aje...by ferry. Masa ni baru pukul 9 pagi..tapi orang dah ramai sebenarnya kat nami ni, termasuk juga orang2 dari Malaysia...memang ramai pelancong Malaysia ke Korea ni..jalan kat mana2 pun akan jumpa orang Malaysia.

 
Mengikut ceritanya Pulau Nami ni dinamakan sempena nama General Joseon iaitu General Nami, beliaulah yang menanam pokok2 di sekitar Pulau nami..kuburnya pun ada disitu :-

10306559_10205299429306132_3970046218413805071_n.jpg
 
So..kami just pusing2 sekitar Pulau Nami..snap gambar sana sini, maklum lah jakun dgn pemandangan pokok2 yang berwarna merah, kuning, oren, purple, hijau..etc..

Gambar seperti yg Ved postkan di awal2 tempohari, majoriti diambil di Nami..Kami lepaking sini dari pagi sampai ke pukul 2 petang..

Lunch jgn risau sebab kat sini ada restoran halal..kami singgah di satu kedai halal yang baru dibuka , sebelah ngan surau je..sedap juga makanan kat situ..sepinggan dalam 10,000 - 15,000 won.
 
rindu betul tempat nie...lain dah gapyong station...
 
Back
Top
Log in Register