BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trend baru lompat atas katil

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_06.1.jpg

SATU pasangan menunjukkan aksi terbang Superman.​

LONDON - Sebelum ini terdapat laman sosial Facebook dan kemudian Twitter yang menjadi tempat luahan perasaan golongan muda.

Namun, terdapat satu trend terbaru di Internet yang lebih pelik berbanding laman seumpama itu.

Menurut sebuah akhbar semalam, trend pelik terbaru itu ialah melompat di atas katil di bilik hotel yang kini menjadi sensasi di Internet.

du_06.2.jpg

SEORANG lelaki membuat lompatan sambil bersila.​

Ratusan orang menghantar imej mereka melompat di atas katil dengan menggunakan pelbagai aksi yang menarik di sebuah laman blog hotel.

Di laman blog hotelsbycity.net itu, ramai pengunjung hotel menunjukkan aksi kreatif mereka.

Dalam satu aksi, satu pasangan hotel membuat gaya terbang seperti filem Superman.

du_06.3.jpg

EMPAT orang membuat pelbagai aksi semasa melompat.​

Satu pasukan akrobat Australia turut menunjukkan aksi semasa mereka dalam perjalanan ke Adelaide untuk menyertai pertandingan akrobatik peringkat kebangsaan.

Seorang anggota pasukan itu berkata: "Kami menggunakan lompatan di atas katil sebagai sebahagian daripada persediaan sebelum pertandingan." - Agensi
 
ape ke heeee nyer diorang ni..makin pelik jadinya
 
buat atas trampulin pun sempoi gak
 
budak dlm avatar aku ni suka jgk lompat atas katil ni
 
kat malaysia nanti ada orang ikut gak ni...
 
Back
Top
Log in Register