BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘King cobra’ sembunyi bawah katil hotel

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146
king-cobra-viral.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan anggota penyelamat menangkap reptilia yang bersembunyi di bawah salah satu katil. - Facebook

BANGKOK – Sepasang kekasih di wilayah Krabi, Thailand berdepan detik cemas apabila menemukan seekor ular tedung selar (king cobra) bersembunyi di bawah katil bilik hotel mereka, lapor portal berita Must Share News.

Penemuan mengejutkan itu berlaku sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan) baru-baru ini.

Rakaman video dikongsikan di platform Facebook menunjukkan dua anggota penyelamat menemukan reptilia sepanjang 40 sentimeter hingga 45 sentimeter dan berkelakuan agresif itu bersembunyi di bawah salah satu katil.

Tetamu bilik tersebut berkata, teman wanitanya menjerit meminta bantuan selepas menyedari ular tedung selar itu melingkar di atas lehernya.

Seorang anggota penyelamat, Suthee Naewhad mengesahkan bahawa reptilia tersebut berjaya ditangkap dan dilepaskan semula ke alam liar.

“Ia dipercayai menaiki tangga lalu masuk ke dalam bilik melalui celahan antara pintu dan lantai,” kata Suthee.

Dia menasihati kakitangan hotel dan tetamu untuk memeriksa bilik dengan teliti sebelum menginap, terutamanya ketika musim hujan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register