eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
NASSAU, Bahamas 21 Sept. - Pelakon John Travolta adalah antara saksi yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan berhubung tuduhan cubaan memeras ugut ke atas yang bermula hari ini melibatkan wang berjumlah AS$25 juta (RM87 juta).
Seorang pemandu ambulans dan bekas senator Bahamas disyaki memeras ugut Travolta selepas anak lelakinya yang menghidap penyakit kronik meninggal dunia.
Mereka dituduh meminta wang sebagai tukaran supaya tidak mendedahkan dokumen berhubung rawatan Jett Travolta, berusia 16 tahun.
Juri menetapkan hari ini sebagai hari permulaan perbicaraan dan pelakon tersebut disenaraikan untuk memberi keterangan, kata Ketua Majistret Bahamas, Roger Gomez.
Perbicaraan diadakan di ibu kota Nassau, yang terkenal dengan mengendalikan perbicaraan kes melibatkan selebriti.
Pada tahun lalu, inkues juri mendapati kematian anak Anna Nicole Smith, Daneil, 20, pada 2006 di Bahamas adalah disebabkan penggunaan dadah berlebihan secara tidak sengaja.
Kes Travolta bermula dengan aduan peras ugut yang dibuat oleh pelakon tersebut di balai polis Bahamas pada Januari lalu iaitu beberapa hari selepas kematian anak lelakinya di rumah peranginan keluarga di pulau Grand Bahama.
Jett yang mempunyai sejarah penyakit sawan ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi rumah peranginan tersebut.
Pengurus mayat Bahamas memberitahu bahawa sijil kematiannya merekodkan 'penyakit sawan' sebagai punca kematian.
Bekas Senator, Pleasant Bridgewater dan paramedik Tarino Lightbourne iaitu antara mereka yang cuba menyedarkan Jett selepas dia pengsan pada 2 Januari lalu, mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut termasuk konspirasi melakukan peras ugut. - AP