Najib Razak
17 hrs ·
Tuan-tuan puan-puan tahu bagaimana keadaan Residensi Kerinchi dulu? Cuba lihat gambar pertama di bawah ini.
Dulu penduduk sini tinggal di Flat Empat Tingkat di Kampung Kerinchi sejak tahun 1971 lagi.
Persekitarannya begitu usang sehinggakan tidak begitu sesuai untuk didiami dari segi kebersihan dan keselamatan.
Pada masa Kerajaan BN mahu bina semula kawasan ini dan beri kediaman yang lebih selesa kepada penghuni yang kebanyakannya dari golongan B40, ingat lagi tak apa yang berlaku?
Ada sesetengah ahli politik Pakatan Harapan yang cuba menggagalkan projek ini dengan menghasut penghuni Flat Empat Tingkat untuk membantah usaha Kerajaan BN membangunkan semula tempat tinggal lama mereka.
Memang ada yang termakan hasutan masa itu namun majoritinya kekal yakin dengan perancangan BN.
Lihatlah keadaannya hari ini. Saya diberitahu setiap unit yang diberi sebagai gantian kepada penghuni sudah bernilai RM500,000 ke atas.
Tidak salah jika saya kata, dulu saya dan Kerajaan BN meningkatkan kualiti hidup rakyat, membela golongan B40.
Saya tidak pasti sama ada ahli-ahli politik PH itu pernah kembali bertegur sapa atau meminta maaf dengan penduduk sini atau tidak.
Biarlah.
Saya menjejak kaki ke sini petang tadi atas jemputan untuk berjumpa dengan penduduk dan berkongsi isu-isu semasa.
Terkenang kembali kepada kisah lama ini, dan nasib yang menimpa rakyat berpendapatan rendah hari ini.
Lihatlah apa yang berlaku hampir setahun ini.
Pernahkah kita dengar apa-apa daripada Kerajaan PH hari ini yang dilihat memperjuangkan nasib dan membantu B40?
Pemimpin PH semuanya amat selesa dengan harta dan gaji berjuta-juta mereka yang dibayar oleh rakyat.
Manalah mereka memahami keperitan hidup yang dialami oleh rakyat.
Bukan setakat tidak memahami rakyat, PH hari ini menghina rakyat sebagai malas.
Sedar tak sedar, mereka kini lebih memihak kepada kroni dan kawan-kawan mereka.
Ya lah, betul. Rakyat malas, kroni rajin. Kroni rajin bergaul mesra dengan pemimpin PH hari ini.
Saya berasa sedih. Rakyat tidak boleh lagi melihat kepada kerajaan sebagai sistem sokongan.
The Government no longer has the people at heart.