BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi menjelang Krismas

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
KEMALANGAN_DI_PUNCAK_BORNEO_1545553782.jpg

KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang terputus dua akibat terbabas dan merempuh sebatang pokok besar di tepi jalan di Kilometer 13, Jalan Bintulu-Tanjung Kidurong, Bintulu. FOTO Erika George





DUA beradik tidak sempat menyambut Krismas Selasa ini akibat maut selepas Proton Persona yang dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok di Kilometer 13, Jalan Bintulu-Tanjung Kidurong, di Bintulu, hari ini.

Kejadian 10.35 pagi itu menyebabkan Meliana Tubun, 26, dan adiknya Tropimos Tamason Tubun, 15, disahkan maut serta merta di lokasi kemalangan akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili ketika dihubungi NSTP berkata, impak rempuhan kuat menyebabkan kereta dinaiki mangsa hampir terputus dua.

Menurutnya, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang turut berada di tempat duduk penumpang belakang bagaimanapun hanya cedera.

“Siasatan awal mendapati, kereta dipandu Meliana dalam perjalanan dari Bandar Bintulu menuju Tanjung Kidurong sebelum hilang kawalan lalu terbabas di kanan jalan.

“Kereta berkenaan kemudiannya merempuh pokok menyebabkan kenderaan itu hampir terputus dua manakala mangsa yang maut tersepit,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Suhaili berkata, polis tidak menolak kemungkinan wanita terbabit gagal mengawal kenderaannya kerana permukaan jalan yang basah kerana hujan ketika kejadian.

Katanya, pasukan bomba dipanggil ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas bagi memotong bahagian kereta yang remuk.

“Bomba mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Bintulu bagi bedah siasat manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.






sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/405693/tragedi-menjelang-krismas







.
 
Ni jalan biasa aku lalu masa keje kat Tg Kidurong dulu. Biasa pagi time office hour je kenderaan byk lalu situ. Tp xde la jem mna pon. Jalan cantik. Kdg2 je berliku skt. Tp mmg pertengahan jalan ke Tg Kidurong tu ada tmpt yg byk pokok2 kiri kanan.

Aku klu balik keje malam2 mmg memecut je dr Tg Kidurong nk smp ke bndar Bintulu.
 
Wuish putus dua.
Bukan biasa-biasa.
 
dekat nak perayaan ni mesti laju,tapi impact dia ganas la...

kalau ada duit sikit,kemudian boleh tahan kot orang panggil tak betul,pakai jeket kulit kevlar yg selalu rider pakai dgn siap safety helmet...baju ni pelumba kereta rally selalu pakai...

nampak lain dari kebiasaan duduk belakang seat,tapi ikhtiar mungkin selamat...w.a.
 
Back
Top
Log in Register