BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi Lima (5) Beranak Pada Pagi Raya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
05.06.2019 - Mersing, Kegembiraan lima beranak menyambut Hari Raya pertama berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 36 Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini, pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 7.30 pagi, Marissa Az Zahra Mazlan yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Baharu, Perai, Pulau Pinang, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dinaiki mereka sekeluarga terbabas ke longkang di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu bapa mangsa berusia 39 tahun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.

Beliau berkata, kereta itu dinaiki pemandu bersama isteri dan tiga anak membabitkan dua lelaki berusia 10 serta empat tahun dan seorang anak perempuan berumur lapan tahun.

Lima beranak terbabit beralamat di Taman Pauh, Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang. Ketika kejadian, mereka dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke FELDA Tenggaroh, di sini (dari arah Mersing).

Mangsa yang meninggal dunia adalah kanak-kanak perempuan, iaitu anak kedua pasangan itu. Pemandu bersama isteri dan dua lagi anak mereka hanya cedera ringan, katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1952.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Anuar Hussien, ketika dihubungi pula berkata sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan.

Setiba di lokasi, sebuah kereta didapati terbabas ke dalam longkang di bahu jalan, katanya.

Screenshot-214.jpg


Screenshot-215.jpg


05car3_1559721198.jpg


Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/571506/tragedi-enam-beranak-pada-pagi-raya
 
plan plan bawak laaa....buat macam ko nak hisap lima batang rokok macam nak cover lima kilometer,mcm tu bawak,mesti semua selamat...
 
Bahaya jalan ni..naik bas pn seram lalu sini lagi2 malam.semua laju2.penah nmpk kereta terbalik tepi jalan wktu malam mgkin lepas excident tp xde org dtg lg masa tu naik bas ke jb dr kuantan
 
tk.silap saya..kota tinggi mersing..jln bumping kan..ke dah ok skrg
 
perjalanan jauh ni ..kemungkinan besar mengantuk atau penat..
700++km.. lau aku jalan temerloh ke KB (400km) pun tak berapa larat dah tua2 ni..
 
Semalam masa nak balik kampung nampak myvi masuk longkang.
Kelmarin honda city langgar lori ice cube.

Berhati-hatilah di jalan raya.
Musim hujan pulak ni.
 
antara jalan top berpuaka kalo sapa follow mj12..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register