BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi 'Hiroshima Sungai Buloh'

aku pun dengar letupan tu...masa tu darjah 4 kot...sekolah agama sg buloh...asap berkepul2 sampai kat awan...perghhh nasib la x dak kt kwsn tu...
 
aku pun dengar letupan tu...masa tu darjah 4 kot...sekolah agama sg buloh...asap berkepul2 sampai kat awan...perghhh nasib la x dak kt kwsn tu...

member aku ckp time dia dok sane..5 kilometer
dari tpt kejadian pon dah rase gegaran dia
 
sedar x sedar dh 21 thn benda ni berlaku..
 
huhu..time ni aku dok paya jaras..menakutkan..tp time tu br umo 6 thn..
 
kejamnye tngk.. ish.. kadang2 tngk benda2 camni baru kita sedar manusia2 di dunia ini kejam jugak..huk3
 
'Detik Tragik' Papar Bencana Terburuk Dalam Negara

mas.jpg

Gambar fail menunjukkan orang ramai menghadiri pengebumian 93 penumpang dan tujuh orang anak kapal terbunuh apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977.

Stesen TV3 bakal menyiarkan sebuah dokumentari kisah benar yang memaparkan peristiwa cemas dalam negara termasuklah kejadian letupan kilang mercun dan bunga api Bright Sparklers di Sungai Buloh dekat sini pada tahun 1991.

Penerbit Eksekutifnya, Mohd Said Abdullah Thani berkata, program Detik Tragik sebanyak 13 episod itu diterbitkan untuk memberi peluang kepada generasi hari ini menyaksikan peristiwa penting dan bencana yang telah meragut nyawa dan menggemparkan negara.

“Kami menggunakan pendekatan penyiasatan secara serius yang melibatkan tinjauan ke lokasi kejadian sebenar dan menemu bual saksi serta mangsa yang terlibat.

zakiah%20anas.jpg

Zakiah Anas antara wartawan yang terlibat dalam 'Detik Tragik'.

"Banyak maklumat baru yang kami bongkar dalam Detik Tragik selain yang pernah disiarkan menerusi media,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa.

Antara peristiwa yang akan turut disiarkan seperti kebakaran di Terminal 1, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Ribut Greg di Keningau, Sabah, Tsunami di Pulau Pinang dan Kedah dan banjir lumpur di Pos Dipang, Perak.

Turut dipaparkan kejadian terminal feri runtuh di Butterworth, pesawat terhempas di Tanjung Kupang, Johor yang turut meragut nyawa seorang menteri serta tanah runtuh di Genting Sempah, Pahang.

Katanya, kejadian letupan kilang mercun dan bunga api yang berlaku pada 7 Mei 1991 itu pasti meninggalkan kenangan pahit kerana ia telah meragut 26 nyawa manakala 83 orang cedera.

sungai%20buloh.jpg

Letupan kilang bunga api dan mercun di Sungai Buloh pada tahun 1991.
"Letupan dahsyat itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buloh’ berikutan gegaran ledakan seakan-akan bom atom. Berpunca daripada 200 tan belerang, gegaran ledakan tersebut dapat dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi,” ujarnya.

Siri dokumentari itu menampilkan gabungan wartawan berpengalaman dan muka baru, seperti Zakiah Anas, Harris Mohd Farok Alex, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, Mohd Raziff Zulkafli, Siti Hajar Rozli, Nurul Syafikah Abd. Masri dan Syazwan Syuwari Nordin.
 
mse nie zmn skol lg
igt lg mse nie mercun dh ssh nk dpt
 
Back
Top
Log in Register