BTC USD 84,215.2 Gold USD 4,262.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi 'Hiroshima Sungai Buloh'

Minda Pengarang: Haramkan semua jenis mercun, bunga api untuk elak musibah

Musibah yang mengorbankan kanak-kanak malang selepas kepalanya hancur akibat letupan stor bunga api dan mercun di Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga, Kuala Terengganu, pada Ogos 2010 memberi isyarat jelas kepada pihak berkuasa agar bertindak lebih tegas untuk membanteras pengedaran, penjualan dan pembakaran bahan itu. Mangsa, Khairul Arif Ayub, 6, mati dengan mayatnya tersangkut di atas pokok setinggi 15 meter selepas terpelanting akibat letupan kuat yang boleh didengar pada jarak empat kilometer.

Selepas lebih 20 tahun import mercun dan bunga api diharamkan di negara ini berkuat kuasa 1991, berikutan kebakaran kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buluh, mengorbankan 22 nyawa dan mencederakan 103 yang lain, ternyata pengharaman itu tidak memberi kesan ketara. Dalam perbahasan di Dewan Rakyat pernah dinyatakan, sejumlah 353 kes tangkapan dilakukan pada 2005 kerana melanggar Seksyen 42 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika disabitkan kesalahan kerana mengilang, memiliki atau mengimport kedua-dua bahan itu boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Walaupun hukuman itu berat dan dianggap setimpal, namun pembakaran mercun dan bunga api masih terus berlaku, malah makin berleluasa sama ada ketika sambutan Tahun Baru Cina, Chap Goh Meh, Hari Raya Puasa, Deepavali, Krismas mahupun sambutan tahun baru.

Lebih memeranjatkan, bunga api dan mercun kini dijual secara terbuka, bukan saja di kedai, malahan di kebanyakan bazar Ramadan. Apakah ini petanda undang-undang kita perlu diperketat dan penguatkuasaan serta pemantauan harus dipertingkat? Korban dan kecederaan akibat letupan stor di Kuala Terengganu kelmarin juga wajar mendorong pihak berkuasa mengharamkan terus penjualan dan pembakaran semua jenis bunga api dan mercun di negara ini.

Pembakaran mercun dan bunga api di segenap ceruk seluruh negara setiap kali tiba musim perayaan membuktikan bahan yang dirampas pihak berkuasa cuma dalam kuantiti yang kecil. Sebaliknya, sebahagian besar lagi bahan letupan itu memasuki pasaran gelap dan masih sampai ke tangan pengguna. Akibatnya, pada setiap Ramadan sebelum menjelang perayaan, pasti ramai kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa termasuk melecur muka, badan, buta, putus jari atau tangan kudung, gara-gara letupan bahan yang diubah suai atau berpunca daripada kecuaian. Kejadian ini turut membuktikan pihak berkuasa kekurangan maklumat yang disalurkan orang ramai mengenai kegiatan penjualan mercun dan bunga api. Namun tanggungjawab membanteras pembakaran mercun dan bunga api harus dipikul bersama masyarakat setempat, ibu bapa dan keluarga. Dengan memastikan anak tidak membeli dan bermain mercun, sebahagian risiko kecederaan sudah dapat diatasi. Lagi pun membakar mercun bukanlah budaya Melayu, malah Islam turut melarang umatnya melakukan perbuatan sia-sia, membazir, membahayakan diri serta harta benda.

Malangnya masih ramai termasuk mereka yang berjawatan tinggi apabila balik ke kampung pada musim perayaan, mereka turut membawa mercun dan bunga api sebagai ole-ole, kononnya untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri, walaupun mereka tahu risikonya. Justeru, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak tegas menguatkuasakan undang-undang dan meningkatkan kempen kesedaran agar orang ramai tidak terus menjual atau membeli bunga api dan mercun, yang tidak mendatangkan sebarang faedah.


Sumber : Berita Harian Online.
 
aku bru tau kes ni
ms tu ak sekolah rendah
xtahu apa lagi
 
ape2 pon..tiap2 tahun menjelang raya..pasti
ade stok mercun yg akan dijual..
dan rase sampai bile2 pon ade :)
 
nice info TT..aku igt lg berita ni..mas tu aku sekolah rendah lg
 
emm, penah jgk kakak aku citer pasal kilang mercun meletup ni dlu. tp time tu aku xtau apa2 lg. baru umur 4 tahun.
 
dkt paper utusan hari sabtu
ade rangkuman pasal tragedi ni.
sedih plak bace kisah org yg berada
dkt tpt kejadian tu..
 
Malapetaka mercun!

re_05.1.jpg


AKIBAT kecuaian ketika menguji mercun di luar tempat dikhaskan, kilang haram Bright Sparkles di Sungai Buloh, Selangor ini meletup dan terbakar membunuh 23 orang dan mencederakan lebih 83 orang pada 7 Mei 1991. - PUSAT MAKLUMAT UTUSAN


JIKA sebutir mercun yang bersaiz sebesar jari kelengkeng boleh memutuskan tangan, bayangkan kemusnahan yang boleh dibuat oleh serbuk belerang yang beratus-ratus kilogram.

Letupan yang berlaku di kilang bunga api dan mercun, Bright Sparkles Sdn. Bhd. pada 7 Mei 1991, boleh diibaratkan seperti ‘medan perang’ yang diledakkan oleh ‘bom atom besar’.

Dalam sekelip mata, Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor tiba-tiba muncul di peta dunia apabila tragedi kebakaran kilang itu mendapat liputan besar-besaran pihak media antarabangsa.

Difahamkan, letupan itu berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas.

Tidak cukup dengan itu, satu per satu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu turut terbongkar. Paling mengejutkan, kilang itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978.

Bertitik-tolak daripada itu, sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan.

Setakat 13 Mei tahun tersebut, seramai 23 orang dilaporkan maut berserta 83 yang lain cedera. Salah seorang yang rentung adalah ahli kimia, ‘Mr. Hong Kong’ atau Mr. Long Tai Heng, yang merupakan pengurus di kilang itu.

Apa yang pasti, anggota bomba turut menghadapi kesukaran untuk meneruskan operasi menyelamat kerana khuatir letupan akan berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang tersebut.

Hari ini walaupun setelah 20 tahun berlalu dan seluruh kawasan sekitar telah membangun dengan kewujudan kilang-kilang baru, namun kesan emosinya ‘masih berbekas’ kepada mangsa dan anggota keselamatan yang terlibat secara langsung dalam kejadian ngeri itu.



sumber : utusan malaysia online.
 
Back
Top
Log in Register