BTC USD 83,981.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tragedi 22 september 1989 - pondok pakya

camie2209

Fun Poster
Messages
691
Joined
Nov 13, 2013
Messages
691
Reaction score
35
Points
20
Suatu ketika dahulu negara telah digemparkan dengan tragedi menyayat hati yang mengorbankan 27 orang di pusat pengajian atau dikenali sebagai pondok Pak Ya.

blogger-image--492989643.jpg


Kejadian yang berlaku pada tanggal 22 Septemb 1989 ini masih menjadi iguan ngeri bagi mangsa mangsa yang selamat apatah lagi ianya bukan sahaja meninggalkan kesan fizikal tetapi juga kesan mental dan trauma yang berpanjangan. Tragedi kebakaran yang memusnahkan keseluruhan blok asrama yang menempatkan pelajar itu terlAlu pantas berlaku.

blogger-image--2024663600.jpghttp:


Tragedi kebakaran yang khabarnya berpunca dari lilin yang menyambar tilam sungguh menyayat hati.

Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 September 1989 itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung dan mengorbankan 27 pelajar manakala enam orang dapat menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan cedera lain termasuk pinggang patah.

blogger-image-1949315677.jpg


Tragedi itu telah mendapat liputan seluruh media massa dan membuka mata semua pihak dan akhirnya membawa kepada beberapa perubahan besar pada Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya). Pelajar semakin ramai mendaftar di sekolah berkenaan dan prasarana di sekolah itu semakin baik.

blogger-image--1063011511.jpg
 
Semoga roh roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
 
ada tengok dlm astro cerita ni. sedih rasa, yg sorang tu cair kulit
semoga Allah kasihi mereka yg meninggal
 
ada tengok dlm astro cerita ni. sedih rasa, yg sorang tu cair kulit
semoga Allah kasihi mereka yg meninggal

tau xpe..ada yang meninggal dalam tidur..ada yang masuk balik ambil ic sebab fikir pasal exam walau pun tengah kebakaran..
 
Patutnye kerajaan bantu membangunkan sekolah agama/pondok seluruh negara, tidaklah agama lain memandang kita dalam keadaan daif.
 
aku ada tgk cerita ni d astro.. sungguh menyayat hati.. lagi2 mak bapak diorang blum tau yg mangsa2 meninggal adala anak diorang sendiri.. :(( :(( :((
 
Back
Top
Log in Register