BTC USD 83,367.9 Gold USD 4,196.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trading 5 saat sebelum news

adib

Fun Poster
Messages
379
Joined
May 8, 2009
Messages
379
Reaction score
15
Points
25
Assalamualaikum W.B.T.

Pendahuluan:
Saya ingin mengajak warga CG untuk melakukan trading 5 saat sebelum news. Teknik ini tidak memerlukan pengetahuan dalam "fundamental analysis" mahupun "technical analysis". Teknik ini seakan-akan teknik George Soros yang mana kita perlu menunggu masa yang sesuai (forex news) kemudian trade dengan modal yang minimum dengan lot besar dan mendapat keuntungan besar. Tujuan thread ini adalah untuk kita sama-sama membincangkan broker, news forex dan forex currency yang sesuai dengan teknik ini.

Teknik:
Teknik trading 5 saat sebelum news ini terbahagi kepada dua sama ada:

1. Instant order
2. Pending order

Sekiranya menggunakan Instant order. Buka dua akaun forex. Satu akaun adalah untuk buy dan satu akaun lagi adalah untuk sell. Tekan buy untuk akaun pertama dan tekan sell untuk akaun kedua sejurus lima (5) saat sebelum news forex keluar. Biasanya, salah satu akaun akan mc dan satu akaun lagi akan untung berlipat kali ganda. Sebagai contoh, untuk broker dengan leverages 1:3000 dan lot 0.1. Sekiranya, akaun pertama mempunyai 5 usd dan akaun kedua 5 usd juga, maka, selepas news forex keluar, akaun pertama akan mc dan akan kedua akan untung 40usd (800%). Begitulah sebaliknya. Teknik ini mempunyai satu kelemahan. Sekiranya news pergi kedua-dua arah, atas dan bawah. Maka, kedua-dua akaun akan mc. Walaubagaimanapun, sepanjang pengalaman saya, news yang pergi kedua-dua arah adalah sedikit berbanding news yang pergi hanya ke atas atau ke bawah sahaja. News forex yang pergi ke atas atau bawah sahaja adalah lebih dominan. Sekiranya kedua-dua akaun mc, ianya tidak menjejaskan teknik yang digunakan kerana teknik ini menggunakan konsep modal yang minimum dan keuntungan yang maximum.

Sekiranya menggunakan pending order, maka boleh buat buy stop dan sell stop pada satu akaun sebelum news. Teknik ini mempunyai kelemahan sekiranya terdapat slippage yang besar pada high impact news.

Pengalaman:
Bila akaun saya dah mencapai 500usd, broker *** ambil duit saya tanpa kebenaran dan tanpa history transaction kerana dikatakan wujud suspicious activity trading, manipulate negative account balance dan sebagainya. Pada pendapat saya, kalau teknik ni dibenarkan, memang lingkup lah broker, sbb modal kecik tetapi untung tinggi.

Kalendar Rujukan Forex
1. Forex Factory Calendar
2. Currency News Trading Calendar
3. Cash Back Forex Calendar

Cadangan penambahbaikan teknik ini dari warga CG
Kita boleh buat seperti pair trading, Saya buy dan anda sell pada broker yang sama atau yang berlainan. Sekiranya satu akaun untung atau satu akaun mc, maka keuntungan boleh dibahagi dua atau bagi modal balik ke trader yang mc. Sebaiknya bermain lot besar dengan modal yang minimum. Sekiranya kedua-dua akaun mc, anggap saja takda rezeki. Kemudian kita boleh kongsi berkenaan news, broker, lot dan forex currency berdasarkan pengalaman masing-masing.

Notes: Dilarang mengajak rakan2 CG lain ke platform lain
 
Last edited:
Besok AUDUSD 11.30 pagi....mudah2an ada rezeki
 
kene pakai broker yg ade leverage besar baru puas hati ni :)
 
takde rezeki hari ni audusd turun bawah kejap sebelum naik
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13864
USD / JPY
157.690
GBP / USD
1.32424
USD / CHF
0.82926
USD / CAD
1.41533
EUR / JPY
179.666
AUD / USD
0.70249
Back
Top
Log in Register