BTC USD 81,236.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Toyota RUSH

Saper nak nompang saper ni ar.........? :D
Konpius,konpius........
 
:-? Leh tahan gak..tapi nampak cam RAV4 lagi mantap..

Uik bro budu dah pakai Avatar Rush ke :))
 
toyota memang power la, nampak gayanya honda kalah lagi, sebab toyota berjaya keluarkan kenderaan suv versi sederhana. tgk kejayaan avanza. tapi, sebenarnya rush lebih kurang avanza jugak. enjin pun sama, cuma body je lain sikit
 
Rush selasak pemilik


PENGGEMAR aktiviti lasak kini tidak perlu lagi memikirkan kenderaan yang sesuai untuk membawa peralatan aktiviti lasak mereka apabila UMW Toyota memperkenalkan kenderaan sport utiliti (SUV) terbaru, Toyota Rush, baru-baru ini.

Luar comel, dalam luas

Ternyata, kenderaan itu amat bergaya dan elegan.

Dengan harga serendah RM85,888 dan ruang dalam yang luas, pemilik kenderaan ini boleh memuatkan pelbagai peralatan aktiviti lasak termasuk basikal atau papan luncur pada bahagian atas bumbung yang dilengkapi 'roof rail' sebagai ciri standard.

Menurut Pengarah Urusan UMW Toyota, Kuah Kock Heng, pihaknya mensasarkan kenderaan itu kepada golongan muda berjiwa lasak yang memerlukan kenderaan selasak pemiliknya.

“Saya yakin SUV terbaru ini mampu menarik permintaan menggalakkan dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.

“Kehadiran SUV ini salah satu langkah syarikat untuk membawa masuk lebih banyak model bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini,” katanya pada majlis pelancaran di Pusat servis Toyota 3S, Subang Jaya, Selangor.

Toyota Rush didatangkan dengan tiga varian dipasang sepenuhnya (CBU) dari Indonesia.

“Syarikat memahami kehendak pengguna yang inginkan kenderaan pada harga kompetitif dan kehadiran Rush mampu memenuhi impian peminat SUV.

“Selain pengenalan model pelbagai model terbaru di pasaran, Toyota turut komited memberikan khidmat lepas jualan kepada semua pelanggannya,” katanya.

USB terbaru yang seakan Toyota RAV4 itu dilengkapi beg udara pemandu dan penumpang, lampu hadapan projektor, ruang penghawa dingin untuk penumpang belakang dan barisan ketiga.

SUV terbaru ini ditawarkan dengan tujuh tempat duduk termasuk skirting hadapan, belakang dan sisi penghadang angin bumper hadapan dan belakang.

Ia dijana enjin 1,495 cc DOHC dengan VVTi dengan kuasa maksimum 80kW pada 6,000 rpm manakala tork maksimum adalah 141Nm pada 4,400 rpm.

Selain itu, Rush juga dilengkapi sistem brek anti-kekunci (ABS) yang dibantu Edaran Daya Brek Elektronik (EBD) sebagai ciri keselamatan tambahan ketika waktu kecemasan.

Harga atas jalan bagi model Toyota Rush 1.5G (M) ialah RM85,888, 1.5G (Auto) RM88,888 dan 1.5 Sport (Auto), RM94,888.

Toyota Rush ditawarkan dengan empat warna menarik iaitu 'Black Mica', 'Champagne Mica Metallic', 'Blue Metallic' dan 'Silver Mica Metallic'.
 

Attachments

  • 24.7 KB Views: 64
Back
Top
Log in Register