BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Toyota Kekal Peneraju Pengeluar Kereta Terbesar Dunia Pada 2024

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,450
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,450
Reaction score
7,417
Points
916
Awards
1
31.01.2025 - Toyota Motor Corp mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar kereta terbesar di dunia berdasarkan jumlah penjualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis (30 Jan). Menurut Agensi Berita Kyodo, kumpulan automotif itu yang merangkumi pengeluar kenderaan mini Daihatsu Motor Co dan pengeluar trak Hino Motors Ltd, merekodkan penjualan sebanyak 10.82 juta unit pada 2024, susut 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pesaing utama Toyota, Volkswagen AG dari Jerman, menjual 9.03 juta kereta sepanjang tahun berkenaan. Toyota sendiri mencatatkan penjualan sebanyak 10.16 juta kereta, merosot 1.4 peratus, selepas terjejas akibat skandal pensijilan kenderaan di Jepun yang menyaksikan syarikat itu menghentikan sementara pengeluaran beberapa model.

Penjualan domestik merosot 13.8 peratus kepada 1.44 juta unit. Mengikut rantau, penjualan Toyota di Amerika Utara meningkat 4.3 peratus kepada 2.73 juta unit, manakala penjualan di Eropah naik 3.6 peratus kepada 1.17 juta unit, didorong oleh permintaan tinggi bagi model seperti RAV4 dan C-HR. Bagaimanapun, penjualan di China susut 6.9 peratus kepada 1.78 juta unit berikutan persaingan harga yang sengit. Penjualan kenderaan hibrid meningkat 21.1 peratus kepada 4.14 juta unit, disokong oleh permintaan yang kukuh di pasaran utama seperti Amerika Utara dan Eropah, sedang permintaan global bagi kenderaan elektrik mula menunjukkan tanda-tanda kelembapan. Sementara itu, penjualan kenderaan elektrik Toyota meningkat 34.5 peratus kepada 139,892 unit.

Pengeluaran global kumpulan itu merosot 7.8 peratus kepada 10.62 juta kenderaan, dengan pengeluaran Toyota sendiri merosot 5.1 peratus kepada 9.52 juta kereta. Toyota menghentikan pengeluaran beberapa model popular, termasuk Yaris Cross, menyusuli skandal yang mendedahkan syarikat itu tidak mematuhi sepenuhnya piawaian pemerintah bagi ujian kenderaan.
1738298514962.png
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register