TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
TOYOTA Camry 2.5V lebih gah dengan penampilan terbaru
BAHAGIAN dalam Toyota Camry 2.5V.
TOYOTA Camry 2.5V hadir dengan enjin 2AR-FE 2.5 liter empat-silinder Dual VVT-i.
Apa tidaknya kerana dulu model ini agak sinonim dengan mereka yang lebih dewasa atau veteran kerana lenggok ‘bahasa badannya’ yang lebih berkotak yang mana bukan pilihan utama kepada generasi milenium.
Segala-galanya berubah dan banyak boleh diperkatakan tentang Toyota Camry generasi kelapan diperkenalkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd.
Penulis berpeluang memandu uji kereta segmen D yang menawarkan reka bentuk yang jauh berbeza dengan generasi sebelumnya.
Toyota Camry 2.5V lebih gah dengan penampilan terbaru ini yang mana lebih ranggi, sporty dan jauh lebih matang.
Lebih matang
Rekaan segar lagi ‘up-to-date’ ini jelas membuktikan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) semakin berani mengubah sebuah kereta ‘orang tua’ kepada yang sesuai untuk semua peringkat umur profesional.
Melihat kepada gaya, wajah hadapannya sudah cukup menarik, dengan bahagian lampu utama yang lebih tirus di kiri dan kanan selain rekaan lekuk pada bonetnya, gril minimalis hitam berkilat yang ringkas menempatkan logo serta ruang bukaan udara bahagian bawah bampar yang sangat luas dengan jalur kelabu memberikan satu kesan visual yang sangat menarik.
Bahagian belakang juga berjaya mengimbangi imej yang dibawa di bahagian hadapan dimana rekaan lampu belakang yang tirus dan terbahagi kepada dua bahagian serta spoiler yang diwujudkan dari bahagian but itu sendiri.
Pendek kata, rekaan luaran memberikan Camry 2.5V satu evolusi yang jelas untuk mengeluarkan model yang dianggap biasa kepada luar biasa.
Mewah dan selesa
Menjengah ke bahagian dalaman, Camry 2.5V hadir dengan papan pemuka yang menempatkan ruang paparan meter pemanduan yang lebih luas, kelainan paling ketara terletak pada bahagian tengah, ruang yang menempatkan skrin serta butang kawalan lainnya untuk sistem infotainmen serta pendingin hawa.
Sudahlah ruang yang ditawarkan cukup luas dan selesa, malah penulis merasakan Camry 2.5V ini adalah cerminan model mewah Lexus.
Lebih menarik lagi, sedan ini menggunakan platform terkini Toyota – model kedua di Malaysia selepas Toyota C-HR – yang dikenali sebagai Toyota New Global Architecture (TNGA).
Camry 2.5V hadir dengan enjin 2AR-FE 2.5 liter empat-silinder Dual VVT-i yang mampu menghamburkan kuasa 184 PS dan tork 235 Nm pada 4,100 rpm, selain menggunakan transmisi jenis automatik enam kelajuan dengan Super ECT.
Dengan prestasi enjin yang ditawarkan, sudah pasti aspek pemanduan yang disediakan juga mengagumkan.
Tahap responsif ketika pedal dipijak juga amat memuaskan manakala tahap kestabilan ketika mengambil selekoh juga cukup baik bersesuaian dengan saiz badan lebar dan rendah.
Kelengkapan terbaik
Apabila memandu, pastinya kemudahan dalaman yang ditawarkan juga seharusnya terbaik.
Kereta ini turut dilengkapi dengan ciri pengecas telefon tanpa wayar Qi, operasi tanpa kunci, enam sensor parkir keseluruhannya dan brek parkir elektronik, selain kapasiti ruang barangan pada but belakang pula ialah 493 liter.
Semua cukup bukan!. Sebagai tambahan dan amat penting adalah aspek keselamatan Camry 2.5V.
Aspek keselamatan yang ditampilkan kereta ini berada pada tahap tertinggi termasuk tujuh beg udara, sistem pemantau titik buta, sistem pemantau tekanan tayar, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan, Toyota Safety Sense merangkumi sistem pra-perlanggaran, brek kecemasan autonomi (AED), amaran pertukaran lorong dengan bantuan stereng, kawalan melayar radar dinamik serta lampu tinggi automatik.
Ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM196,888, ia cukup berbaloi dengan fungsi dan ciri yang ditampilkan.
Info:
Toyota Camry 2.5V
* Harga atas jalan tanpa insurans RM196,888
* Enjin 2AR-FE 2.5 liter empat-silinder Dual VVT-i
* Transmisi automatik 6-kelajuan dengan Super ECT
* 184 PS dan tork 235 Nm pada 4,100 rpm