Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
KUANTAN 27 Dis. – Sebuah tongkang sepanjang kira-kira 100 meter dan lebar 25 meter ditemui terdampar di Pantai Pelindung di sini sejak kelmarin akibat fenomena air pasang besar yang melanda perairan negeri-negeri di Pantai Timur.
Tongkang setinggi 20 meter yang tidak diketahui pemiliknya itu dipercayai terputus tali ikatan dengan bot penunda setelah dipukul ombak besar dan angin kencang.
Menurut seorang penduduk, Azman Ali, 38, pada mulanya tongkang berkenaan dipercayai tersadai di batu berdekatan dengan pantai berkenaan pada hari Khamis lalu.
“Namun, kelmarin, iaitu pada hari kemuncak fenomena air pasang besar baru-baru ini, tongkang tersebut yang saya anggarkan lebih 1,000 tan dibawa arus sebelum terdampar di tepi pantai,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, tongkang yang mempunyai tanda nama ‘MAN 3001 SINGAPORE’ tidak bermuatan itu dipercayai digunakan untuk membawa bijih besi.
Katanya, tongkang tersebut juga telah rosak dengan pecah di bahagian bawah dipercayai akibat terhempas ke arah batu besar berdekatan pantai.
“Selepas tongkang ini tersadai ada juga beberapa orang datang untuk menjaga tongkang ini yang dipercayai pekerja pemilik tongkang tersebut,” katanya.
Sementara itu, seorang peniaga, Norsuriani Sharif, 28, berkata, penduduk kampung sering datang ke situ untuk melihat sendiri tongkang tersebut.
“Ramai penduduk kampung pergi melihat tongkang tersebut yang merupakan pertama kali berlaku di kawasan ini.
“Saya juga terkejut apabila melihat tongkang yang sebegini besar tersadai di pantai ini,” katanya.
Bagaimanapun, dia berharap tongkang tersebut dapat dialihkan dengan segera kerana bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada penduduk kampung.