combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,477
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 23,477
- Reaction score
- 321
- Points
- 141
Jambatan 4 meter dirasmikan macam projek mega
Perasmian jambatan pendek itu berlangsung meriah.-Agensi
JAKARTA– Sebuah jambatan kecil sepanjang kira-kira empat meter di Dusun Claket, Desa Tohkuning, Jawa Tengah menjadi tular selepas majlis perasmiannya yang dihadiri ramai kenamaan mencuri perhatian netizen.
Jambatan dikenali sebagai 'Jambatan Merah Putih Presisi' itu dirasmikan pada 12 Mei lalu dengan kehadiran Bupati Karanganyar, ketua polis daerah, komander tentera, pimpinan Forum Koordinasi Pimpinan Daerah (Forkopimda), pegawai kampung serta penduduk setempat.
Rakaman majlis berkenaan kemudian tersebar luas di media sosial apabila ramai pengguna mempersoalkan skala acara yang dianggap cukup besar untuk sebuah jambatan kecil.
Namun, jambatan tersebut sebenarnya memainkan peranan penting sebagai laluan utama yang menghubungkan Kampung Claket dan Kampung Salam termasuk akses harian murid ke sekolah.
Jambatan lama sebelum ini dilaporkan roboh selepas dilanda banjir sehingga menjejaskan pergerakan penduduk dan aktiviti harian masyarakat sekitar.
Ketua Polis Karanganyar, AKBP Arman Sahti berkata, pembinaan jambatan baharu itu dilakukan kerana keperluan mendesak penduduk terhadap laluan yang lebih selamat.
Menurutnya, kerajaan daerah berharap jambatan berkenaan dapat membantu memudahkan urusan harian penduduk selain merancakkan aktiviti ekonomi setempat.-Agensi
Jambatan 4 meter dirasmikan macam projek mega
JAKARTA– Sebuah jambatan kecil sepanjang kira-kira empat meter di Dusun Claket, Desa Tohkuning, Jawa Tengah menjadi tular selepas majlis perasmiannya...