kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu. Dengan airmata bergenang dia berkata,” Jika hang tidak nampak aku di syurga, tolong tanya Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu”. Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya.
Saya berbisik, ”Insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga”. Kami menangis bersama.
Pesanan ulama
Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis:
”Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga.”
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis:
“Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami”.
Maka Allah berfirman, ”Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah”. (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)
Pentingnya pilih kawan
Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yang boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat. Carilah sahabat-sahabat yang senntiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan.
Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.
Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri. Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga.
Al-Hasan Al-Bashri berkata: ”Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.
Fikirkanlah, siapa agaknya antara sahabat-sahabat kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke syurga? Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?