BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Tolonglah anak saya...'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Siti Khatijah mengesat air matanya yang mengalir sepanjang menceritakan kepayahannya untuk mendapatkan wang bagi menampung kos pembedahan Afi q (kanan) sambil diperhatikan anak bongsunya.
< 1 / 1 >
DUNGUN – “Saya merayu agar bantuan kepada anak saya dipercepatkan. Kalau dia gagal melakukan pembedahan kali ini, saya tak tahu macam mana keadaannya selepas ini. Mungkin akan bertambah kritikal.

Demikian luahan Siti Khatijah Osman, 34, ibu kepada Muhammad Azrul Afiq Rusli, 12, yang kini menghidap sakit jantung dan masih lagi menunggu bantuan untuk membolehkan dia menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 1 Disember nanti.

Murid SK Serdang itu mula dikesan menghidap penyakit tersebut selepas mengalami demam berpanjangan sejak 14 Mac lalu.

Dia kemudiannya dibawa bapanya, Rusli Abdul Rashid, 42, ke Hospital Dungun, namun selepas dua jam dirawat di unit kecemasan, Afiq kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut selama seminggu di Unit Rawatan Jantung dan 19 hari lagi di wad biasa.

Khatijah berkata, selepas menjalani pemeriksaan di HSNZ, doktor mengesyaki Afiq menghidap penyakit jantung berlubang dan injap bocor lalu pakar perubatan merujuk kesnya ke IJN untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka anak ketiganya itu akan menghidap penyakit kritikal memandangkan empat lagi anaknya masing-masing berusia antara 4 hingga 17 tahun, sihat.

Suami hanya kerja kampung

Pada mulanya, Khatijah berkata, dia agak lega apabila doktor memaklumkan anaknya berpeluang untuk sembuh jika melakukan pembedahan jantung, bagaimanapun tersentak sebaik diberitahu memerlukan kos RM45,000 untuk merawat penyakit anak ketiga daripada lima beradik itu.

Menurut Khatijah, fikirannya terus buntu apabila memikirkan kos diperlukan untuk merawat penyakit anaknya itu yang terlalu tinggi.

“Suami saya hanya melakukan kerja kampung dengan pendapatan RM500 sebulan.

“Manalah saya nak cari duit sebanyak itu, kami orang susah. Duit yang ada pun hanya cukup untuk perbelanjaan harian.

“Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya ketika ini. Saya tak mahu apa-apa berlaku pada anak saya dan akan berusaha untuk membantunya,” katanya sambil mengesat air mata.

IJN tolak rayuan tangguh

Khatijah berkata, dia ada membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan melalui Tabung Penyakit Kritikal Kerajaan Negeri Terengganu, namun masih belum menerima apa-apa jawapan daripada pihak terbabit sehingga kini sedangkan tarikh ditetapkan IJN untuk melakukan pembedahan semakin hampir.

Menurutnya, lebih membimbangkan apabila kesihatan anaknya agak terjejas sejak belakangan ini.

“Saya cuba merayu kepada IJN agar dapat menangguhkan dahulu pembayaran pembedahan, namun rayuan saya ditolak. Pihak hospital dikatakan enggan melakukan pembedahan jika bayaran tidak dijelaskan terlebih dahulu,” katanya.

Kutip derma rumah ke rumah

Dengan linangan air mata, Khatijah berkata, dia turut berusaha dengan pergi mengutip derma dari rumah ke rumah untuk mendapatkan simpati penduduk kampung, selain kutipan derma masjid.

Namun katanya, hasil diperolehnya tidak seberapa, malah jauh daripada kos sebenar yang diperlukan mereka.

“Sebagai ibu, saya cuba berusaha untuk menyelamatkan anak. Saya sanggup jadi peminta sedekah, kutip derma, tapi hasilnya tak seberapa, nak buat macam mana?

“Jadi, saya rayu pihak berkenaan dapat memberikan jawapan segera kerana masa tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kalau tarikh kali ini ditunda, tak tahulah bila pula anak saya dapat buat pembedahan. Tolonglah anak saya,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/tolonglah-anak-saya-1.225252
 
keciannya...
500 sebulan, anak dua. tanggungan 4 (termasuk dri sdndri)
semoga ada la insan pemurah yg tolong
 
inilah sebabnya aku tulis haritu kata kerajaan tak sepatutnya bagi bantuan dekat negara lain yg ditimpa bencana sebab dekat sini berapa ramai lagi org susah macam akak ni yg memang memerlukan bantuan tapi sibuk nak nama punya pasal, orang lain pulak ditolong nya. paling best kafir pulak tu. tsk tsk tsk..
 
no akaun xde ke..lau geng2 CG bg sumbangan sorg skit..mgkin dpt membantu.
 
inilah sebabnya aku tulis haritu kata kerajaan tak sepatutnya bagi bantuan dekat negara lain yg ditimpa bencana sebab dekat sini berapa ramai lagi org susah macam akak ni yg memang memerlukan bantuan tapi sibuk nak nama punya pasal, orang lain pulak ditolong nya. paling best kafir pulak tu. tsk tsk tsk..

yg luar bantu jugak, tapi yg dalam negara ni perlu diutamakan dulu.
 
Back
Top
Log in Register