BTC USD 82,464.1 Gold USD 4,161.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tolong!! Susah bangun subuh!

faizal.daud

Fun Poster
Messages
521
Joined
Dec 9, 2009
Messages
521
Reaction score
4
Points
15
Salam.. malu nk cerita sebenarnye.. aku nih ada masalah nak bangun subuh.. dan susah nk solat.. (pemalas)

rasa diri ni hina dan merasa serba salah.. & tahu dosa nya tinggalkan solat..

tapi baru2 ni dah start solat semula.. mula2 start tu.. niat akan cuba solat di surau dan berjemaah seboleh2nya.. sebab rasa cara tu paling senang dan dapat nak disiplinkan diri..

tapi lepas seminggu dua ni.. nak bangun subuh punya lah susah!

ada cara atau tips2 tak?? kadang2 sedar2 je dah pukul 8-9..



dari insan yang jahil dan cuba belajar..
 
Baguslah kalau niat tu dah ada nak memperbaiki diri dan amalan kita.

aku pun nak kongsi dulu aku pun sama mcm ramai diantara kita yg lain. payah bebeno nak bangun subuh. Time mula2 lepas pasang niat nak bangun subuh, nak lengkapkan solat 5 waktu sehari.. usaha tu mmg berat mungkin pasal kita tak biasa.

Tapi bile aku dah berjaya cuba paksa diri aku di tahap maxima untuk bangkit waktu pagi untuk cuci muka dan amik air semayang... lepas pada tu dah tak susah dah... aku keep on going memaksa diri aku selama 2-3 minggu..

then selepas tu.. semua perkara jadi mudah. skang nie hari2 bangkit pagi tanpa ada jam loceng pun.. mungkin pasal dah biasa.

pepatah cakap alah bisa tegal biasa..
bila dah biasa.. no hal lah.. takat bangun kol 4 pagi tiap2 hari kacang jek.. small matter bebeh.

nasihat utk yg susah nak bangun pagi.
petua aku.

hanphone aku bule set alarm 5 kali.
so aku buat alarm aku bunyik kol 4am, 4.30am, 5am, 5.30am, 6,am
dan handphone tu aku letak kat tempat susah nak capai. (atas almari)
bile dah tersedar je jam bunyik.. terus paksa diri jalan terus pegi toilet cuci muka.. amik air semayang

insyallah dengan berkat usaha, tak lama lepas tu sape2 pun akan terbiasa dengan amalan bangun di awal pagi.

gua cakap sama lu brader.. lu paksa la diri lu 2 minggu jer. gua cabar luh 2 minggu saje. lepas tu lu akan tau ape yg gua cakapkan. lu akan paham sendiri ape yg gua rasa.

antara dosa dan pahala.
antara syurga dan neraka.
hanya 2 minggu berkorban tido yg sedap diwaktu subuh untuk merapatkan diri kita kpd Allah S.W.T.. takde ruginyee pun.

2 weeks bebeh 2 weeks.. thats all wat u need.

semoga berjaya yuk.

assalamualaikum
 
Last edited:
try cuba mcm ni

sebelum tido baca bismillah hirohmanirahim sebanyak 44x...lepas tu niat dlm hati...Ya Allah aku nak bangun solat subuh esok...

insyallah bro....setakat yg aku buat mmg sedar waktu subuh...cuma bila sedar tu terus bangun amik air sembahyang dan solat....jgn plak bila sedar...hold dulu 5 minit lg ke....mmg lena la plak...

petua ni member aku yg bagi dan bg aku mmg berkesan
 
baca surah wal as...(aku tak reti eja,tapi surah yg ada maksud demi masa sesungguhnya manusia kerugian kecuali orang beriman.)pastu tepuk bantal 3 kali..mengucap,n pasang niat mintak ALLAH s.w.t kejutkan untuk solat subuh..ni yg aku amalkan selalu..alhamdulilah pasti bangun..tpi kena lawan laa kejap mengantuk tu.....
 
kene bangun subuh 40 hari batu leh ubah perangai..ko azam kene kuat je..
sedia jam loceng bunyi tahap dewa..ko bace lah surah kahfi and mulk sebelum tido..jgn heran kalau rase mcm ade org kezut ko
 
sama la aku jenis susah bangun, yang jadi masalah aku ialah, aku ni mmg tido mati, walau bunyi jam kuat mana pun, memang aku tak kan tersedar selagi takde orang kejut aku.
 
tdo jgn pakai kipas, baju dan seluar/kain mesti pakai, langsir kasik bukak penuh, gune selimut
cara ni ternyata berkesan bg aku
 
Back
Top
Log in Register