BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tolak pampasan RM103,000

ammarhensem

Banned
Messages
314
Joined
Feb 9, 2015
Messages
314
Reaction score
16
Points
15
GOMBAK - Selepas dua bulan diberikan peluang mengosongkan tanah, akhirnya semalam kerja perobohan dilakukan pihak berwajib.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan keluhan sebuah keluarga yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula pengambilan tanah di batu 8 1/2 yang diduduki enam beradik bersama keluarga masing-masing sejak 41 tahun dulu.

Zaini Mohd Salleh, 53, yang mewakili keluarga itu memberikan kerjasama semasa kerja perobohan dilakukan namun memberitahu prosiding tuntutan hak akan tetap diteruskan.

Menurutnya, mereka tidak akan menerima pampasan RM103,000 yang ditawarkan sebelum ini kerana tidak cukup untuknya dan adik beradik lain memulakan kehidupan baru.

“Kami bagi laluan kepada perobohan kerana projek yang bakal dijalankan adalah pembinaan sebuah masjid tapi kami harapkan pampasannya biarlah berpatutan dengan keluasan tanah yang diambil.

“Kami kini hilang tempat berteduh dan terpaksa menumpang di rumah saudara dan ada antara kami menyewa rumah sejak tindakan perobohan pertama 24 Disember lalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Zaini, mereka sekeluarga mempunyai hak ke atas tanah yang dibeli oleh ayahnya dari saudara pada tahun 1973.

Bagaimanapun, tanah itu tidak didaftarkan kerana beberapa masalah.

“Saya mohon kerajaan negeri khususnya menteri besar dapat mengkaji semula nilai pampasan yang diberikan kerana hartanah sekarang mahal.

“Hanya sebuah rumah sewa ditawarkan buat kami seisi keluarga ditanggung oleh pihak masjid sehingga April ini dan selepas itu perlu menjelaskan sewa sendiri sementara barangan kami diletakkan dalam dewan,” katanya.

Sebanyak dua lot rumah dirobohkan dalam operasi kedua yang dijalankan semalam bermula jam 10 pagi.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tolak-pampasan-rm103-000-1.359117
 
kasihan... nak bina masjid baguslah tapi tapak rumah yg dirobohkan utk buek masjid tu gantilah dgn nilaian tanah@rumah yg samo kpd pemilik asal
 
kasihan... nak bina masjid baguslah tapi tapak rumah yg dirobohkan utk buek masjid tu gantilah dgn nilaian tanah@rumah yg samo kpd pemilik asal

Masalahnya dia kata dia ada hak atas tanah tu, tapi takde bukti pulak (geran hakmilik) yang mendokumenkan tanah tu milik dia. Kiranya ada kemungkinan dakwaan dia tidak benar. Boleh jadi macam kes setinggan la ni. Setinggan kalau pampasan rm100k++ dah kira banyak jugak lah. Tapi simpati jugak dia. Cuma kena tahu jugak penjelasan daripada pihak yang mengambil alih tanah.
 
ye la kalu ade geran ok la kn ni xde ssh jgk nk cerite psl xde bukti..just ckp2 je tp xde hitam putih..ni dah dpt 100k tu kire untung jgk la,beli la rumah murah2 ke cash area bkt beruntung ke mane ke
 
susah nak percaya kalo tak de geran ni. Pengajaran bagi yang lain... beli apa apa biar ada hitam putih.
 
Masalahnya dia kata dia ada hak atas tanah tu, tapi takde bukti pulak (geran hakmilik) yang mendokumenkan tanah tu milik dia. Kiranya ada kemungkinan dakwaan dia tidak benar. Boleh jadi macam kes setinggan la ni. Setinggan kalau pampasan rm100k++ dah kira banyak jugak lah. Tapi simpati jugak dia. Cuma kena tahu jugak penjelasan daripada pihak yang mengambil alih tanah.

sudah jadi pelik pula dengar nya.
beli pula dari saudara sendiri.
biasa jadi masalah macam nih lah.
 
Back
Top
Log in Register