BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tolak jodoh guru tarikat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang sepatutnya bertunang dengan lelaki pilihannya pada 5 Mei lalu bertindak nekad melarikan diri dari rumah keluarganya di Kajang selepas dipaksa bapa tirinya berkahwin dengan pilihan yang dicadangkan iaitu seorang guru tarikat.
Berikutan itu, gadis berusia 21 tahun yang tidak dapat menerima permintaan pelik bapa tirinya kini menumpang di rumah seorang rakan.

Malah, kerana degil dan tidak mahu menerima jodoh yang diatur itu, bapa tirinya mendakwa gadis terbabit mempunyai hati yang gelap dan dia turut disumpah tidak akan berkahwin hingga akhir hayat.

Tertekan dengan keadaan itu, gadis terbabit kini hanya mampu berserah biarpun mahligai bahagia yang dirancang dan diimpikan bersama teman lelakinya itu dimusnahkan bapa tirinya kerana mendengar arahan seorang guru yang digelar Tok Ayah.

Penderitaan hidup gadis terbabit bukan baru bermula kerana sejak berusia enam tahun dia menjadi mangsa bapa tirinya yang suka memukulnya selain pernah menjadi mangsa cabul ketika berusia belasan tahun.

Rentetan kisah malangnya itu turut bertambah apabila dia pernah cuba menceritakan kejadian cabul itu kepada ibu kandungnya, namun langsung tidak dilayan selain didakwa cuba mereka cerita.

Sejak itu, gadis terbabit hanya mampu menanggung penderitaan berseorangan sehingga dia dipaksa melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang juga pengikut sebuah ajaran tarikat bersama bapa tirinya.

Menurut sumber, kisah gadis itu bermula hampir dua minggu lalu ketika dia berada di bilik rumahnya di Kajang sebelum dipanggil bapa tirinya.

“Bapa tirinya itu bertanyakan kepada gadis terbabit sama ada dia bersetuju jika dijodohkan dengan seorang lelaki yang juga bekerja sebagai guru di utara.
“Lelaki terbabit memberitahu anak tirinya itu yang jodoh berkenaan dicadangkan ketua tarikat,” katanya.

Menurutnya, mendengar cadangan bapa tirinya, gadis terbabit membantah dan cuba menolak permintaan itu dengan memberitahu yang dia sudah mempunyai pilihan hati sendiri.

“Jawapan yang diberikan itu membuatkan bapa tirinya berang dan dia secara paksa mendesak gadis terbabit menerima lelaki itu.

“Namun, gadis terbabit tetap berkeras dan menyatakan yang dia langsung tidak bersetuju cadangan bapa tirinya itu,” katanya.

Sumber terbabit berkata, bapa tiri gadis itu berang selepas dia menolak cadangan itu dan dia mengugut akan memukul anak tirinya itu.

“Selain itu, bapa tirinya turut memberitahu yang dia akan berjumpa teman lelaki gadis terbabit dan turut mengugut akan memukul lelaki itu. “Tidak tahan paksaan dan ugutan itu, mangsa melarikan diri dan menumpang di rumah rakannya,” katanya. Mmangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana di sini, sebelum kes terbabit dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
 
manusia skang ni ramai yang ada masalah jiwa..
 
guru tarikat tu dah tua tu pasal pempuan tu tak nak kot..
 
Back
Top
Log in Register