BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tolak hiburan melampau

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sultan Mizan berkenan merasmikan kompleks komersial pertama di Terengganu iaitu PB Square di sini, semalam.​

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin meminta Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menambah usaha dalam membantu kerajaan negeri ke arah mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera Terengganu.

Jelas baginda, ia dapat membantu merancakkan lagi pembangunan negeri Terengganu yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar, serta meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

Bagaimanapun, baginda mengingatkan agar pembinaan sesuatu projek hendaklah memberi kemudahan kepada semua lapisan masyarakat seperti golongan kurang upaya (OKU).

"Kemudahan bersesuaian seperti laluan yang memudahkan pergerakan golongan ini hendaklah diberi keutamaan.

"Beta juga menyarankan agar pihak PMINT mempergiatkan usaha ke arah membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di Terengganu, dengan pembinaan rumah kediaman terutamanya rumah mampu milik serta bangunan komersial, bukan sahaja di bandar tetapi di kawasan pinggiran bandar dan luar bandar," titah baginda.

Bersosial dengan aktiviti sihat

Sultan Mizan berkenan mencemar duli, berangkat untuk bertitah dan merasmikan Paya Bunga Square (PB Square) di sini, semalam. Turut berangkat, Sultanah Nur Zahirah.

"Beta mahu setiap kompleks komersial yang dibina tidak menganjurkan aktiviti hiburan melampau atau aktiviti yang tidak berfaedah kepada rakyat.

Pihak pengurusan kompleks perlu memandang serius perkara ini kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

"Tidak salah untuk bersosial tetapi biarlah ia satu aktiviti yang sihat dan memberikan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat," titah baginda.

Menurut Sultan Mizan, baginda sukacita melihat pembangunan yang wujud di negeri ini, tetapi jangan sesekali mengabaikan ekosistem alam semula jadi yang perlu dipelihara. Penekanan kepada ekosistem, hendaklah diterapkan dalam setiap pembangunan yang dirancang.

"Beta sangat berharap negeri Terengganu akan terus pesat maju dengan acuan yang mengimbangi pembangunan fizikal, mental dengan mengekalkan ekosistem semula jadi.

"Beta mengharapkan supaya taraf hidup rakyat negeri ini dapat ditingkatkan dan kemiskinan dapat diatasi serta rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna serta selesa.

Penyokong industri pelancongan

Jelas baginda, usaha PMINT dalam membangunkan kompleks komersial pertama di Terengganu yang menempatkan tiga komponen berbeza iaitu ruang niaga, pejabat dan hotel yang dikenali sebagai PB Square itu, akan menjadi mercu tanda yang bakal menjadi daya tarikan baharu di tengah Bandar raya Warisan Pesisir Air, yang pasti akan merubah suasana dan landskap bandar Terengganu.

Malah, kewujudan PB Square akan menjadi penyokong kepada sektor pelancongan negeri serta berupaya menaikkan imej negeri ini berikutan keunikan reka bentuk bangunannya yang bercirikan warisan tradisional negeri Terengganu.
 
Back
Top
Log in Register