BTC USD 81,573.7 Gold USD 4,023.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tokoh PKR ditahan 'dalam 48 jam'

complicated tol politik m'sia nie
 
polis memang suke nak tangkap DSAI ni..klu orang len kene tunggu dulu..maklum la,DSAI kan 'anak emas' polis..so bab tangkap menangkap ni utk DSAI memang cepat..orang bg tempoh sampai kul 2,kul 1 tangkap dah
 
Berani tangkap le...kalau nak tengok rakyat mengamuk....
 
BERHATI-HATI!!! Anwar dijangka cuba ditahan dalam tempoh 48 jam

Harakahdaily
Thu | Jul 31, 08 | 6:56:18 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan ditahan dalam tempoh 48 jam berhubung kes dakwaan meliwat bagi menyekat beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata KeADILan tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.

"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," kata Tian Chua seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil," tegasnya.

Hari ini, polis telah melengkapkan siasatan dakwaan liwat Anwar Ibrahim dan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sebelum itu, pada jam tiga petang tadi isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi itu.

Wan Azizah bagaimanapun memberitahu beliau kekal sebagai Presiden KeADILan dan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya jam 3 petang tadi, Wan Azizah juga memberitahu beliau telah menghantar surat perletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Pada pilihan raya baru-baru ini, Wan Azizah mendapat majoriti sebanyak 13,388 di Permatang Pauh menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang hanya memperolehi 16,950 undi.

Beberapa hari lalu, Anwar disebut-sebut akan bertanding di kerusi Kulim Bandar Baru, Kedah, selain beberapa kerusi di Lembah Klang termasuk Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Gombak.-

p/s : walaupun ia sekadar jangkaan, tapi kita mesti waspada sebab penahanan DSAI merupakan satu taktik mudah untuk menghalang beliau bertanding...
 
Anwar dijangka cuba ditahan dalam tempoh 48 jam

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan ditahan dalam tempoh 48 jam berhubung kes dakwaan meliwat bagi menyekat beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata KeADILan tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.

"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," kata Tian Chua seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil," tegasnya.

Hari ini, polis telah melengkapkan siasatan dakwaan liwat Anwar Ibrahim dan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sebelum itu, pada jam tiga petang tadi isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ahli parlimen kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi itu.

Wan Azizah bagaimanapun memberitahu beliau kekal sebagai Presiden KeADILan dan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya jam 3 petang tadi, Wan Azizah juga memberitahu beliau telah menghantar surat perletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Pada pilihan raya baru-baru ini, Wan Azizah mendapat majoriti sebanyak 13,388 di Permatang Pauh menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang hanya memperolehi 16,950 undi.

Beberapa hari lalu, Anwar disebut-sebut akan bertanding di kerusi Kulim Bandar Baru, Kedah, selain beberapa kerusi di Lembah Klang termasuk Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Gombak.- tmj _
 
katanya anwar x memberikan senario yg menggugat politik tanahair. tapi nak tangkap jugak. sah2 bacul. itulah dia am no, dulu kini dan selama2nya bacul
 
Kan anuar dah cakap tadi.. Nak charge anuar pasal apa...
 
Back
Top
Log in Register