BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tokku Pulau Manis

kisah batu bersurat Terengganu ni sedikit sebanyak akan membuka siapa itu Syarif Muhammad Al-Baghdadi yang dikatakan menulis batu bersurat tersebut. jika dikaji batu bersurat tu berkisarkan tertegakknya khilafah di bumi Kuala Berang suatu ketika dulu, atau lebih dikenali dengan nama empayar Temir. Ia juga sedikit sebanyak menyembunyikan kod akhir zaman secara tersirat dan tersurat. batu itu patah di bahagian atasnya, diceritakan batu itu asalnya dijumpai penuh sebelum patah di atas rakit buluh ketika hendak dibawa ke Istana.. bahagian atas batu itu berada di dasar sungai dan berada dalam 'perlindungan'nya.. sebab tu dari dulu sampai sekarang tiada siapa yang menjumpai serpihan batu tersebut sehinggakan kerajaan negeri terengganu menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang menjumpai batu tersebut.. hehe, anggaplah sekadar cerita dongeng dari saya, bual-bual kedai kopi..

TokCu pun pernah jumpa keturunan orang menemui Batu Bersurat tersebut.... kisahnya TokCu simpanlah dulu, takleh nak cerita atas sebab amanah.

Jadi boleh disimpulkan banyak riwayat berbaur mitos berkaitan dengannya. Ala-ala cerita rakyatlah seumpama kisah Hang Tuah gitu:)
 
lihat saja kesamaan budaya,wayang kulit,kain batik,gasing ,bahasa pon ade gak skit2, banyak lg sebenarnya

Jika kita asingkan mitos, cerita rakyat dengan fakta serta perbandingan sejarah, maka kita akan menemui sesuatu yang diluar buku teks sejarah atau buku yang dipasarkan di mana-mana.

banyak kebathilan yang berlaku setelah tersisihnya pemimpin yang meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan.....

mungkin hal inilah yang difikirkan sebagai kebangkitan Islam di akhir zaman. menjunjung semula kepimpinan Islam, menyatukan seluruh nusantara sebagaimana di abad ke-15 hingga abad ke-16.

Nota tambahan dari TokCu untuk semua:

Islam tertegak di Champa selama 200 tahun.
Islam gemilang di Patani selama 200 tahun.
Islam berkembang di kepulauan Indonesia 200 tahun.
.... dan umat Islam hidup dalam cahaya suram, sudah hampir 200 tahun....

semuanya ini atas aturan Allah SWT.
 
TokCu pun pernah jumpa keturunan orang menemui Batu Bersurat tersebut.... kisahnya TokCu simpanlah dulu, takleh nak cerita atas sebab amanah.

Jadi boleh disimpulkan banyak riwayat berbaur mitos berkaitan dengannya. Ala-ala cerita rakyatlah seumpama kisah Hang Tuah gitu:)

hehe, menarik kisah TokCu ni.. kirenya serpihan batu tu dah ditemui lah ye? melepaslah gnjrn kerajaan negeri terengganu. hehehe.:D

ini pula adalah batu bersurat Kuala Berang yang tarikhnya lebih awal dari batu bersurat terengganu 1303M.. dikisahkan batu ini ada 7 keping kesemuanya, dan ia 'ditarik' secara batin dari batu belah.. wallahualam..

256830_171236349604260_100001536896156_431609_7667444_o.jpg
 
Jika kita asingkan mitos, cerita rakyat dengan fakta serta perbandingan sejarah, maka kita akan menemui sesuatu yang diluar buku teks sejarah atau buku yang dipasarkan di mana-mana.

banyak kebathilan yang berlaku setelah tersisihnya pemimpin yang meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan.....

mungkin hal inilah yang difikirkan sebagai kebangkitan Islam di akhir zaman. menjunjung semula kepimpinan Islam, menyatukan seluruh nusantara sebagaimana di abad ke-15 hingga abad ke-16.

Nota tambahan dari TokCu untuk semua:

Islam tertegak di Champa selama 200 tahun.
Islam gemilang di Patani selama 200 tahun.
Islam berkembang di kepulauan Indonesia 200 tahun.

.... dan umat Islam hidup dalam cahaya suram, sudah hampir 200 tahun....

semuanya ini atas aturan Allah SWT.

sebab tu la ade pepatah "kalau roboh Kota Melaka,papan di jawa hamba dirikan"
 
hehe, menarik kisah TokCu ni.. kirenya serpihan batu tu dah ditemui lah ye? melepaslah gnjrn kerajaan negeri terengganu. hehehe.:D

ini pula adalah batu bersurat Kuala Berang yang tarikhnya lebih awal dari batu bersurat terengganu 1303M.. dikisahkan batu ini ada 7 keping kesemuanya, dan ia 'ditarik' secara batin dari batu belah.. wallahualam..

256830_171236349604260_100001536896156_431609_7667444_o.jpg

Yang TokCu tahu serpihan Batu Bersurat tu masih belum dijumpai...

Cuba kongsi cerita sikit batu bersurat 7 keping tu. main tarik pakai batin ni. Mistik benar tu....
 
sebab tu la ade pepatah "kalau roboh Kota Melaka,papan di jawa hamba dirikan"

mungkin ada kaitan kot
tapi ada sambungannya lagi tu... lupa ntah:)

Kerajaan Melaka yang ditawan itu telah mendapat pertolongan Kerajaan Demak dari Jawa, tetapi gagal apabila Raden Fattah terkorban terkena peluru penjajah...

Raden Fattah al-Akbar ini pun bukannya orang lain dalam salasilah keturunan Tokku Pulau Manis.... masih ada talian darah...
 
Sayyid Hussein Jamadil Kubro inilah yang banyak menimbulkan khilaf dari kalangan ahli nasab dan ahli sejarah.

Majoriti ahli sejarah meyakini beliau adalah dari keturunan al-Azhamatkhan, yakni keturunan Rasulullah SAW yang menjadi sultan dan bangsawan di India.

Pendapat lain pula mendakwa beliau berketurunan al-Abbas dari golongan kesultanan Acheh.

Sayyid Hussein Jamadil Kubro inilah bapa kepada Kesultanan Islam (ahlul bayt) di Champa, Patani, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Cirebon, Banten, Demak dll. Keturunan beliaulahlah yang melahirkan keturunan Wali Songo (kecuali Sunan Kalijaga). Keturunan ulama masyhur Nusantara adalah majoritinya dari keturunan ini.

Sayyid ini adalah daripada al-Husaiani bin Fatimah & Ali r.a. menyebarkan Islam di sebelah timur Nusantara.

Tokku Pulau Manis adalah dari keturunan ini, yang meneruskan kepimpinan dakwah datuk neneknya dahulu.

sungguh mulia keturunan Tokku Pulau Manis ni
Tokku Pulau Manis menerus kan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W berdakwah
 
Dalam pada meyirahkan nasab Tokku Pulau Manis ini
TokCu memohon ampun dan maaf kira ada yang melangkau sempadan
dalam menyabitkan Almarhum Tuan Syeikh Abdul Malik
dengan pelbagai cerita dan tohmahan
kerana TokCu bukannya pandai atau serba tahu
melainkan menceritakan semula
apa yang disampaikan oleh anak cucu Almarhum Syeikh sendiri
kepada TokCu yang suka mencari sejarah tersembunyi....
 
benar TokCu. begitulah jua dgn hamba. hanya berkongsi apa yang hamba tau dan dapat dari orang tua-tua keluarga hamba dan sumber lain yang boleh hamba percayai... sekiranya ada salah dan silap dalam perkongsian hamba, hamba susun 10 jari mohon maaf..
 
Yang TokCu tahu serpihan Batu Bersurat tu masih belum dijumpai...

Cuba kongsi cerita sikit batu bersurat 7 keping tu. main tarik pakai batin ni. Mistik benar tu....

serpihan batu bersurat tu ada di satu tempat.... tetapi belum dapat diambil lagi kerana hanya yang ber'HAQ' dapat mengambilnya kembali nanti.. tentang batu bersurat 7 keping itu saya tidak banyak maklumat. yang saya tahu kebanyakan yang dipahat di atas batu itu adalah ayat-ayat Al-Quran.. wallahualam..
 
Back
Top
Log in Register