BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tokan muda dicekup

Makin haru langkawi ni

Teringat aku..

Tgh tgu kt tepi moto...kdai area cenang..ada mamat muda ni naik scoot dgn bangla singgah dok tepi moto aku,di suruhnya mamat bangla tu g beli arak tin,dibaginye duit...die ingat aku tak tau jenama arak kot,ramah siap tegur aku lg sembang2 dr KL katanya,keje d langkawi..

Mai mber die ke moto sekali tegolek air tin arak dr plastik itam..mak aihh bnyk jge... Tanpa segan silu die pun mnta diri..

Dasyat penangan pulau bebas cukai ni,lg 10tahun taktau la apa jd...

lani dah ada pemimpin pas yg ceburi dlm jawatan menteri ni...
insyaAllah..langkawi bleh berubah macam kelantan .. :D
 
lani dah ada pemimpin pas yg ceburi dlm jawatan menteri ni...
insyaAllah..langkawi bleh berubah macam kelantan .. :D

Bab bebas cukai ni mmg mslah

Penguatkuasaan kena ketat, kita harap Pas boleh buat sesuatu la bab dadah ngan arak ni..

Di Kelantan pun ada kes dadah...mana2 negeri pun ada...

Kaedah dan penguatkuasaan kena betul,inshaAllah.
 
Lagi tokan kantoi jual 'heroin' di tepi jalan

tokan_1584720840.jpg


TINDAKAN pengedar dadah cuba mengedar heroin di tepi jalan ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan mengundang padah apabila ditahan polis di Jalan Kuala Muda, Mukim Padang Matsirat di Langkawi, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 34 tahun ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kuala Teriang, 12.50 tengah malam, semalam.

“Terdahulu, anggota polis yang membuat rondaan mengesan suspek berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam.

“Menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, pemeriksaan pada badan suspek menemui 21 keratan penyedut minuman mengandungi bahan terlarang disyaki heroin seberat 4.88 gram.

“Selain dadah, polis turut merampas masing-masing satu seluar dan bekas bertutup kecil untuk siasatan lanjut.

“Suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 
20dadah_1582159023.jpg


WANITA tempatan ditahan bersama dadah heroin dan syabu di sebuah chalet di Jalan Pantai Chenang di Langkawi, Selasa lalu.

Ketika kejadian ditahan 3 petang, ‘tokan’ berusia 22 tahun itu berehat di dalam bilik dipercayai menunggu pelanggan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek ditangkap anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi hasil maklumat awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek memiliki satu paket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 50.12 gram (g).

“Turut ditemui, satu paket plastik lut sinar mengandungi serbuk ketulan kristal disyaki syabu dengan anggaran berat 0.12 g,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, ketika serbuan, hanya suspek berada di dalam bilik di chalet berkenaan.

“Suspek adalah penganggur dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan,” katanya.

mude lagi,nampak mcm cantik,
kalau cantik rugi la,x kena gantung,kena penjara seumur hidup,rugi usia muda, da kerepot xde sape nak
 
Back
Top
Log in Register